Laporan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa terdapat permintaan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu bintang filem Tamil, Rajnikanth, seperti yang disiarkan Malaysiakini hari ini, adalah tidak benar sama sekali.
Ketika menafikan laporan itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor, berkata spekulasi daripada sumber tidak berasas sangat tidak membantu.
"Datin Seri Rosmah amat menyanjungi Rajnikanth dan memahami bahawa beliau seorang bintang yang sangat ternama - di India dan di Malaysia.
"Bagaimanapun, laporan berita baru-baru ini yang menyebut terdapat permintaan untuk beliau bertemu Mr. Shivaji (nama sebenar Rajnikanth ialah Sivaji Rao Gaekwad) adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada pun dalam jadual lawatan ke negara yang merupakan sebuah daripada ekonomi paling pantas berkembang di dunia," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurut Malaysiakini laporan itu diperoleh daripada The Telegraph, sebuah laman web berita India, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dikatakan telah meminta untuk bertemu Rajnikanth.
Bagaimanapun, Malaysiakini gagal untuk mengesahkan dakwaan itu.
Najib, diiringi Rosmah, akan melakukan lawatan rasmi lima hari ke India mulai esok, meliputi Chennai, New Delhi dan Jaipur. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017

RIZAL: "Laporan berita baru-baru ini yang menyebut terdapat permintaan untuk beliau (Datin Seri Rosmah) bertemu Mr. Shivaji (nama sebenar Rajnikanth ialah Sivaji Rao Gaekwad) adalah tidak benar sama sekali. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Anwar minta PDRM jangan sekat media buat liputan berita
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap mana-mana organisasi media dalam membuat liputan berita anjuran agensi itu.

Asyraf Wajdi saman Malaysiakini, Astro AWANI masing-masing RM25 juta
Kata Asyraf, sudah tiba masanya UMNO untuk bersikap lantang dan lebih agresif kerana parti itu sudah lama bersikap gentleman.

Panel 7 hakim tolak permohonan semakan Malaysiakini batal sabitan menghina, denda
Hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal untuk meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran keadilan asasi.

Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul telah merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya.

Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.

Saya tidak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali mengenai 1MDB - Kit Siang
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.

Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi
Mengerikan! Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini

Indonesia bukan negara Islam walaupun penduduk majoriti Muslim - Ma'ruf
Ma'ruf memaklumkan bahawa kerukunan antara agama di republik itu harus dijaga, antaranya dengan menghormati kepelbagaian rakyat.

Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago
Ia dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah Jumaat lepas.