TAWAU: Semua fasiliti kesihatan swasta, kerajaan dan hospital di Tawau setakat ini tidak melaporkan sebarang kes mengenai keracunan sodium cyanide, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita baru-baru ini, mengenai dakwaan terdapat penduduk mengalami sakit dan muntah akibat terhidu sisa toksik sebuah lombong haram di Bukit Mantri, Balung di sini.
Dr Asits berkata Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau telah menjalankan siasatan dan mendapati kejadian seumpama itu tidak berlaku, manakala pemeriksaan di kawasan kampung sekitar turut mendapati tiada individu mengalami gejala keracunan.
"Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPASS) mengesahkan sememangnya perlombongan emas di lokasi tersebut. Berdasarkan laporan Penilaian Impan Alam Sekitar (EIA), penggunaan sianida untuk mengekstrak emas adalah secara tertutup dan pelupusannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"PKK Tawau juga telah menjalankan pemantauan bersama JPASS dan mendapati tiada implikasi negatif terhadap kesihatan penduduk Kampung Balung Cocos dan Tawau secara umumnya," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata pencemaran sianida boleh menyebabkan pencemaran udara dan air, manakala kesan keracunan itu termasuk gejala seperti kekeliruan, perubahan tingkah laku, mengantuk berlebihan, sesak nafas, sakit kepala, pening, muntah, sakit perut dan pengsan.
Dalam pada itu, Dr Asits menasihati penduduk yang mengalami gejala berkenaan agar segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
Beliau berkata pihaknya bersama agensi terlibat akan terus memantau situasi kesihatan penduduk kampung dan Tawau, dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Dr Asits berkata Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau telah menjalankan siasatan dan mendapati kejadian seumpama itu tidak berlaku. - Facebook / Sektor Promosi Kesihatan JKNSabah

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Situasi kemanusiaan di Lubnan lebih dahsyat berbanding perang 2006 - PBB
Sekurang-kurangnya 2,968 orang terbunuh dan 13,319 cedera akibat serangan Israel, dengan 1.2 juta orang dipindahkan.

Hospital Bachok dijangka beroperasi November
Dengan adanya Hospital Bachok, ia mampu mengurangkan jumlah pesakit di HRPZ II di Kota Bharu dan Hospital Pakar USM di Kubang Kerian.

Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain
Rancangan Sarawak tambah baik kemudahan kesihatan turut mengurangkan beban penduduk di Sabah serta negara jiran untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Tiada laporan keracunan akibat sisa toksik - Pengarah Kesihatan Sabah
Susulan dakwaan terdapat penduduk mengalami sakit dan muntah akibat terhidu sisa toksik sebuah lombong haram di Bukit Mantri, Balung.

Bajet 2023: Kerajaan perlu kota janji tingkatkan kemudahan kesihatan, pendidikan di Sabah
Bajet 2023: Kerajaan perlu kota janji tingkatkan kemudahan kesihatan, pendidikan di Sabah

Lebih 100 serangan terhadap kemudahan kesihatan di Ukraine - WHO
"Serangan terhadap kemudahan kesihatan secara berterusan menimbulkan kemarahan kami."

Kerajaan digesa benarkan kemudahan kesihatan swasta beli dan beri vaksin COVID-19
Masyarakat diingatkan agar ambil serius amaran Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan kes COVID-19 kembali meningkat.

Jangkaan 8,000 kes pada Mac mungkin jadi lebih awal - Pakar kesihatan
Unjuran 8,000 kes harian COVID-19 pada Mac depan berkemungkinan berlaku lebih awal sekiranya langkah drastik tidak dilaksanakan.

Pharmaniaga akan bekal 12 juta dos vaksin COVID-19 kepada kerajaan
Pharmaniaga menjangka menerima bekalan pertama CoronaVac daripada Sinovac dari China bulan depan dan vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia pada akhir Mac atau awal April.

89 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Pahang
Antara fasiliti yang dinaiki air ialah klinik kesihatan dan klinik desa di Temerloh, Bera, Lipis, Maran, Pekan serta Raub.