Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi terhadap keganasan di tempat kerja susulan kejadian serangan terhadap seorang doktor sebuah hospital di Sungai Petani oleh sekumpulan lelaki.
Presidennya, Dr N. Ganabaskaran dalam kenyataan pada Sabtu menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) bukan sahaja telah membuat garis panduan tetapi juga modul latihan berkaitan keganasan tempat kerja untuk petugas KKM, namun insiden tersebut tetap berlaku.
"Kami (MMA) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengetatkan keselamatan di semua hospital dan pada masa sama mencegah keganasan sama berlaku terhadap para doktor.
"MMA mencadangkan, antara langkah-langkah yang boleh kerajaan pertimbangkan ialah kehadiran polis 24 jam di semua hospital kerajaan sama seperti kawalan keselamatan di kementerian dan jabatan kerajaan," menurut kenyataan itu.
Dr Ganabaskaran percaya insiden sedemikian boleh meningkatkan tekanan pekerjaan dan mengurangkan semangat kerja, sekali gus boleh menjejaskan rawatan yang diberikan.
Pada Khamis lepas, seorang doktor di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai kecederaan selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki, akibat kes cemburu melibatkan seorang wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
![Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578844262_DrNGanabaskaran.jpg)
Dr Ganabaskaran percaya insiden sedemikian boleh meningkatkan tekanan pekerjaan dan mengurangkan semangat kerja. - Gambar fail/Facebook
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Prof Dr M. Subramaniam dilantik presiden baharu MMA Prof Dr M. Subramaniam dilantik presiden baharu MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601500424_TBPRESIDENMMA.jpg)
Prof Dr M. Subramaniam dilantik presiden baharu MMA
Beliau menggantikan Dr N. Ganabaskaran, selepas mesyuarat agung persatuan yang diadakan secara maya buat julung kalinya itu berakhir, Sabtu lepas.
![Jaga jarak sosial itu 'tanda sayang' semasa Aidilfitri - MMA Jaga jarak sosial itu 'tanda sayang' semasa Aidilfitri - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589878159_950x600.jpg)
Jaga jarak sosial itu 'tanda sayang' semasa Aidilfitri - MMA
Sekarang adalah waktunya untuk menunjukkan rasa sayang kita dari kejauhan. Pelbagai cara dapat menjadikan sambutan hari raya kali ini lebih bermakna.
![Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41578844262_DrNGanabaskaran.jpg)
Tiada kompromi keganasan di tempat kerja - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi terhadap keganasan di tempat kerja.