KUALA LUMPUR:Ketua Bahagian Pembedahan Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak, Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy dilantik sebagai Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang baharu bagi penggal 2020-2021.
Beliau menggantikan Dr N. Ganabaskaran, selepas mesyuarat agung persatuan yang diadakan secara maya buat julung kalinya itu berakhir, Sabtu lepas.
Dr Subramaniam berkata beliau akan memberi tumpuan kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang perubatan, dan bekerjasama dengan kerajaan dalam mendapatkan penyelesaiannya.
"Saya akan bekerjasama rapat dengan Bahagian Pengamal Perubatan Swasta (PPS) dan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SCHOMOS) serta jawatankuasa baharu yang dilantik bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi sektor perubatan. MMA akan terus bekerjasama dengan kerajaan dalam semua isu yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.
"Saya juga akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan dan meneruskan hubungan istimewa yang dibina antara MMA dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya isu berhubung penempatan doktor muda juga akan diberi tumpuan, dan beliau memberi jaminan bahawa anggota MMA akan berusaha menyelesaikan perkara itu menerusi perbincangan dengan kerap dengan kerajaan.
Dr Subramaniam, 73, aktif dengan MMA sejak 1978, dan beliau telah berkhidmat selama 22 tahun dengan Kementerian Kesihatan, dan pernah berkhidmat sebagai pakar pembedahan plastik di Hospital Kuala Terengganu (kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah).
Beliau memperoleh MBBS dari JIPMER Pondicherry University of Madras di India, FRCS dari Glasgow, dan mendapat latihan dalam bidang Pembedahan Plastik di Australia dari tahun 1981 sehingga 1985.
Antara barisan kepimpinan baharu MMA bagi penggal 2020-2021 adalah Dr Koh Kar Chai (presiden-lantikan), Dr R.Thirunavukarasu (setiausaha agung kehormat) dan Dr Vasu Pillai Letchumanan (bendahari kehormat). MMA mempunyai 12,553 anggota di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020

DR SUBRAMANIAM: Saya juga akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan dan meneruskan hubungan istimewa yang dibina antara MMA dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak sekian lama.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MMA minta kelonggaran penguatkuasaan di klinik swasta
MMA memohon kerajaan memberikan sedikit kelonggaran dari segi penguatkuasaan kepada klinik perubatan swasta yang semakin banyak menerima lambakan pesakit dari fasiliti kerajaan.

Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin COVID-19 dijual oleh syarikat swasta.

KKM perlu segera laksana audit terhadap kit ujian COVID-19 - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan audit segera dan berkala terhadap kualiti kit ujian pantas (RTK) Antigen untuk mengesan jangkitan COVID-19.

Banyak kos 'tersembunyi' di sebalik saringan COVID-19 - MMA
MMA mendakwa banyak kos 'tersembunyi' yang perlu diambil kira dalam mengenakan jumlah bayaran saringan COVID-19 di hospital swasta.

Tingkatkan penglibatan swasta untuk percepat program vaksinasi rakyat - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar kerajaan memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat negara ini menerusi penglibatan doktor swasta.

COVID-19: Rakyat Malaysia tak boleh lalai - MMA
Rakyat Malaysia tidak boleh berasa lalai dan seronok walaupun Malaysia diiktiraf WHO sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik COVID-19.

Prof Dr M. Subramaniam dilantik presiden baharu MMA
Beliau menggantikan Dr N. Ganabaskaran, selepas mesyuarat agung persatuan yang diadakan secara maya buat julung kalinya itu berakhir, Sabtu lepas.