Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan laporan kononnya terdapat kenaikan pada harga barangan kawalan.
Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan Datuk Saripuddin Kassim berkata tidak berlaku kenaikan pada harga barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum.
"Harga bagi barang-barang tersebut kekal sepertimana sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas pilihan raya umum ke-13, beliau berkata pihak Kementerian akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
Saripuddin berkata pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan ke atas harga dan bekalan barangan terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya.
"Para pegawai penguatkuasa dan para pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini.
"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan," katanya.
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-80008000 atau menerusi e-talian http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga, katanya.
Bernama
Fri May 10 2013
![Tiada kenaikan harga pada barangan kawalan Tiada kenaikan harga pada barangan kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41365676709_120x90.jpg)
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
Kekejaman Zionis: Israel lancar serangan baharu, bunuh puluhan rakyat Palestin
Israel menyerang selatan dan tengah Semenanjung Gaza pada Isnin, membunuh berpuluh-puluh rakyat Palestin yang telah mencari perlindungan di kem sementara.
![Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Firma Malaysia perlu tingkatkan keselamatan siber tangani ancaman dalam talian, luar talian
Yeo berkata, banyak syarikat di Malaysia tidak melihat kepentingan untuk melabur dalam keselamatan siber.
Cubaan bunuh : FBI dapat akses telefon suspek tembak Trump
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mendapat akses kepada telefon Thomas Matthew Crooks, suspek dalam cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump, pada Isnin.
Motif cubaan bunuh trump belum diketahui, semakan bebas akan dimulakan
White House memaklumkan bahawa pihaknya belum mengetahui motif cubaan membunuh Donald Trump yang dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata dan kaitan penembak dengan sebarang gabungan atau mana-mana bantuan pihak lain.
Pemilihan A.S : Trump rasmi dicalon presiden, J.D Vance Naib Presiden
Donald Trump memilih Senator Ohio Amerika Syarikat, J.D. Vance untuk menjadi pasangan Naib Presidennya kelak, pada Isnin.
![KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037873_tbbuburasyura.jpg)
KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
![KPDNHEP tidak pernah lantik orang tengah untuk dapatkan khidmat, produk kementerian KPDNHEP tidak pernah lantik orang tengah untuk dapatkan khidmat, produk kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614944414_RosolWahid.jpg)
KPDNHEP tidak pernah lantik orang tengah untuk dapatkan khidmat, produk kementerian
Ada pihak menipu dan memperdaya usahawan dengan mendakwa mereka adalah perunding atau orang tengah yang dilantik KPDNHEP.
![Orang ramai adu kasut sekolah naik harga Orang ramai adu kasut sekolah naik harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539405130_TUKARKASUTKHITAM.jpg)
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
![16 barangan harga terkawal musim Deepavali 16 barangan harga terkawal musim Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540275924_TBSAIFUDDINNASUTIO.jpg)
16 barangan harga terkawal musim Deepavali
Sebanyak 16 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Barang sempena sambutan Deepavali pada 6 Nov ini.