KUALA LUMPUR:Tiada bukti menunjukkan dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160 di Sarawak mempunyai tahap jangkitan atau virulens yang lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham melalui Facebook rasminya berkata kajian penjujukan genom (genomic sequencing) di Semenanjung pula mendapati strain yang serupa masih belum ditemukan.
Beliau berkata setakat ini masih tidak dapat dipastikan asal usul varian itu walaupun ia berkemungkinan datang dari Indonesia yang telah mendaftarkan 67.7 peratus varian serupa sejak April tahun lepas.
"Berdasarkan laporan diterima dari pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), terdapat dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160. Maklumat tambahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), varian B.1.160.3 telah diubah nama kepada B.1.470.
"Varian ini didominasi oleh varian dari Indonesia sejak April 2020 dengan prevalen 67.6 peratus (76/108) iaitu dari 108 bilangan full genome sequences varian ini yang didaftarkan di GISAID (satu inisiatif sains global dan sumber utama untuk data genom virus influenza), 76 adalah dari Indonesia.
"Negara lain yang turut melaporkan varian ini ialah Singapura (10.2 peratus; 11/108), Jepun (12 peratus; 13/108) dan minoriti di Taiwan dan Hong Kong. Varian ini mempunyai mutasi D614G yang kini biasa ditemukan pada hampir majoriti varian SARS-CoV-2," katanya.
Dr Noor Hisham berkata varian B.1.160 adalah varian yang lazim ditemukan di negara Eropah sejak Julai tahun lepas bermula dari Perancis (11.2 peratus) dan kini didominasi oleh Denmark (28 peratus), Switzerland (15.4 peratus) dan United Kingdom (UK) (17.2 peratus) yang mempunyai mutasi spike D614G dan S477N.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata varian yang dominan di UK pada masa ini adalah varian B1.1.7 yang mana hampir 89.9 peratus distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 12 2021
Dr Noor Hisham berkata varian yang dominan di UK pada masa ini adalah varian B1.1.7 yang mana hampir 89.9 peratus distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK.
Kim Pan-gon letak jawatan?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.