KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu tidak ada seorang pun ahli jemaah menteri menyuarakan kebimbangan tentang konflik kepentingan berhubung penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid, 72, berkata berdasarkan Kod Etika bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen, menjadi amalan ahli kabinet untuk mengisytiharkan konflik kepentingan apabila mereka mempunyai kaitan dalam sebarang isu yang dibincangkan oleh kabinet.
“Kami juga akan mengingatkan menteri yang berkenaan, kerana pada peringkat sekretariat, kami akan tahu,” kata saksi ke-11 pihak pendakwaan itu semasa pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan bekas perdana menteri berkenaan berhubung 1MDB.
Kod etika berkenaan, antara lain, menggariskan ahli kabinet yang mempunyai kepentingan peribadi dalam sesuatu isu yang berkonflik dengan kepentingan kerajaan dan jika isu itu melibatkan anggota keluarga mereka, ahli kabinet berkenaan mesti meninggalkan mesyuarat dan merekodkan ketiadaan mereka.
Berhubung syarikat pembangunan strategik itu, Najib memainkan tiga peranan iaitu selaku perdana menteri, menteri kewangan dan juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Muhammad Shafee: Ada sesiapa yang membangkitkan isu bahawa menteri kewangan tidak seharusnya terlibat dalam perbincangan tersebut atas faktor konflik kepentingan?
Mazidah: Tidak ada seorang pun yang membantah.
Muhammad Shafee: Ada sesiapa pernah membangkitkan perkara itu kepada Datuk Seri Najib apabila membabitkan isu 1MDB?
Mazidah: Tidak ada.
Menjawab soalan selanjutnya daripada Muhammad Shafee, saksi itu berkata sekiranya kabinet bimbang tentang seseorang yang mungkin ada konflik kepentingan, kabinet harus terlebih dahulu merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara.
“Jika isu itu masih tidak diselesaikan, Ketua Setiausaha Negara akan merujuk perkara tersebut kepada Peguam Negara, namun ini tidak pernah terjadi sebelum ini,” kata Mazidah.
Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, saksi itu ditanya sama ada beliau tahu Najib mempunyai kepentingan peribadi dalam 1MDB memandangkan beliau pada masa itu merupakan pengerusi syarikat berkenaan, Mazidah menjawab “saya tidak tahu”.
Ahmad Akram: Jika beliau, secara peribadi, menerima wang daripada 1MDB, bukankah ini merupakan konflik kepentingan peribadi seperti yang digariskan dalam kod etika?
Mazidah: Pendapat peribadi saya ialah ‘ya’, tetapi saya sarankan anda dapatkan pandangan Peguam Negara.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 15 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Berhubung syarikat pembangunan strategik itu, Najib memainkan tiga peranan iaitu selaku perdana menteri, menteri kewangan dan juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB. - Gambar fail/BERNAMA
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).