Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan bahawa projek pembinaan Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip) akan diberhentikan.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata jika ada sebarang aduan berhubung isu itu, beliau bersedia untuk bertemu pembeli unit perumahan berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Setakat ini kami tidak terima sebarang aduan berhubung perkara ini...tetapi jika ada, kami akan ambil pendekatan untuk pastikan mereka tidak dianiayai dan mereka mendapat hak mereka," katanya selepas ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri 2018 di Taman Kosas, pada Sabtu.
Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa projek rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan itu akan dihentikan.
Dalam pada itu, Zuraida berkata konsep perumahan sosial dan awam Singapura akan dijadikan contoh dalam pelaksanaan dasar perumahan awam di negara ini.
Katanya, dalam lawatan kerja tiga hari ke negara jiran itu yang berakhir pada Sabtu, banyak input berhubung dasar perumahan Singapura yang boleh diterapkan dalam dasar perumahan negara.
"Saya pergi ke sana berjumpa dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) di Singapura untuk membuat kajian bagaimana mahu memberikan impak positif serta penambahbaikan terhadap dasar perumahan sedia ada.
"Saya juga berkesempatan melihat sendiri bagaimana menteri di sana melaksanakan serta menguruskan rumah mampu milik teratur serta terancang dan itu yang kami mahukan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
ZURAIDA: Jika ada aduan, kami akan ambil pendekatan untuk pastikan mereka tidak dianiaya.
Cabaran pengangguran di Malaysia bersama Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
Ulasan daripada Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ,Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS)
Keluarga yakin nelayan hilang masih hidup, akan pulang
Nalurinya kuat berkata mereka masih hidup kerana anaknya telah lama menjadi nelayan dan tahu selok belok laut.
RUU wajibkan pendidikan sekolah menengah dibentang di Parlimen Feb ini
KPM akan angkat dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari ini sebagai inisiatif pastikan calon hadir SPM, tangani isu keciciran selain meningkatkan kualiti pendidikan negara, kata Menterinya, Fadhlina Sidek.
#AWANInews
#AWANInews
WEF sahkan Anwar Ibrahim sertai Davos 2025
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform media sosial forum tersebut.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Stastistik Tenaga Buruh November 2024
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus, menurut Stastistik Tenaga Buruh November 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Angka tersebut menunjukkan penurunan 0.9 peratus berbanding 551,400 orang pada Oktober 2024.
Johor alu-alukan pelabur bina fasiliti kesihatan, perubatan di JS-SEZ
Setakat ini terdapat beberapa pihak menunjukkan minat dalam pembinaan fasiliti kesihatan termasuk hospital dan farmasi.
Ringgit dijangka pada RM4.50 minggu ini
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, mengulas mengenai tumpuan kepada kadar inflasi Amerika dan impaknya terhadap prestasi ringgit.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
Fahmi mahu MyGCC kumpul data panggilan berkaitan isu subsidi diesel
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mahu Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) merekodkan data jumlah panggilan dan persoalan yang diterima daripada orang ramai berkaitan isu subsidi diesel.
Murid SK Tambun pening bau sampah setiap hari
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Tambun, Amin Nur Fikry Yusof berkata, masalah itu bukan baharu malah sudah berlarutan sejak 2018.
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
'Penjawat awam jangan defensif, terbuka terima teguran' - MB Perak
Aduan merupakan maklum balas yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di jabatan masing-masing.
Laman sesawang parlimentambun.my mudahkan rakyat mohon bantuan
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun memperkenalkan portal parlimentambun.my selaras usaha mempertingkatkan perkhidmatan membantu rakyat Tambun dan melancarkan proses penyampaian bantuan.
Baru menang beberapa hari, Altimet dah terima pelbagai aduan rakyat
Altimet membalas beberapa hantaran mengenai aduan, antaranya pertanyaan tentang masalah air di Taman Kosas, Ampang.
Penduduk tak tahan hadap debu pasir di Cherating
Sebahagian penduduk Kampung Bukit Palas di Cherating di sini, mendakwa kehidupan mereka terganggu selepas kewujudan pusat pengumpulan pasir di situ yang didakwa bagi kegunaan sebuah projek pembangunan
Bekas anggota tentera tinggal dalam kereta Volvo dapat perhatian PM
Nasib pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak kira-kira 20 tahun lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penduduk Taman Sri Wani, Jelapang mahu masalah banjir lumpur diselesaikan segera
Ujar Abdul Rahman, banjir itu turut menyebabkan saluran pembentungan tersumbat dan melimpah keluar, seterusnya menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Tiada aduan Rumawip dihentikan - Zuraida
Jika ada sebarang aduan berhubung isu itu, Zuraida bersedia untuk bertemu pembeli unit perumahan berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.