Puluhan ribu penganut Hindu membanjiri kawasan Batu Caves, Gombak dekat sini Jumaat, yang menempatkan Kuil Sri Subramaniyar bagi menyatakan kesyukuran, melaksanakan nazar atau menebus dosa masing-masing sempena sambutan Thaipusam.
Sejak awal pagi, mereka memenuhi segenap ruang di Batu Caves yang memperlihat suasana sambutan yang sederhana namun meriah.
Sambutan unik yang penuh warna warni itu juga menarik ramai pelancong asing yang mahu menyaksikan ritual agama Hindu itu.
Thaipusam ialah perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia bagi menghormati Dewa Murugan yang juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.
Ramai penganut Hindu dilihat menjunjung belanga tembikar dan aluminium mengandungi susu, yang dianggap paling suci, dengan menaiki ratusan anak tangga menuju ke kuil itu untuk melaksanakan nazar masing-masing.
Mereka juga melaksanakan nazar dengan berjalan kaki bermula dari Jalan Petaling atau Jalan Kuching sehingga ke Batu Caves sebelum membotakkan kepala dengan membawa atau menjunjung kavadi, yang dihiaskan dalam pelbagai bentuk, di atas bahu atau di atas kepala.
Thaipusam turut disenaraikan dalam kalendar pelancongan negara dan Tahun Melawat Malaysia 2014, yang membuka tirainya awal bulan ini, mampu menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing ke lokasi perayaan ini.
Berikutan puluhan ribu orang berada di kawasan Batu Caves, sebanyak 1,000 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai sejak Selasa lepas.
Pihak berkuasa turut menutup jalan dari Kuil Sri Mahamariamman di Jalan Tun H.S.Lee bagi melancarkan perarakan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak ke Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, dari 10 malam hingga 4 pagi tadi.
Beberapa perkhidmatan pengangkutan awam turut ditambah dan waktu operasinya dilanjutkan termasuk Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan RapidKL bagi memastikan pengunjung mudah ke lokasi sambutan.
Bernama
Fri Jan 17 2014


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.

Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.

Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.

“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.

Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.