Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah haji selepas kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj berkenaan bermula musim Haji 1441H/2020M.
Pengurus Besar Kanan Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ia merupakan suatu jumlah yang besar dengan anggaran hampir RM10 juta, namun beliau percaya caj itu dikenakan berdasarkan kepada pelbagai perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah haji saban tahun.
"Ingin saya nyatakan di sini TH akan menanggung 300 (SAR). Nak memohon visa bagi mana-mana negara sudah tentu akan ada caj. Saya yakin ada sebab kenapa kerajaan Arab Saudi kenakan caj ini.
BACA: Arab Saudi kenakan caj baharu RM326 setiap visa haji
"Dengan kemudahan luar biasa yang mereka (kerajaan Arab Saudi) berikan, mereka sediakan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kepada tetamu Allah untuk memudahkan mereka mengerjakan haji dan mencapai haji mabrur," katanya.
BACA: Surat tawaran haji dikeluarkan mulai Selasa secara berperingkat
Syed Saleh berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'Pengurusan Haji: Cabaran Masa Kini' terbitan Bernama TV baru-baru ini.
Syed Saleh, yang juga Ketua Rombongan Haji berkata, caj yang dikenakan itu merupakan peraturan baharu dikeluarkan kerajaan Arab Saudi kepada semua jemaah dari seluruh dunia selepas memansuhkan bayaran 2,000 Riyal Saudi (RM2,168) yang dikenakan kepada jemaah haji berulang.
Pada 22 Januari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammad Saleh bin Taher Benten berhubung isu-isu berkenaan hal ehwal pengurusan dan persiapan jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji 1441H.
Mengenai kos menunaikan haji, walaupun TH berhadapan dengan faktor peningkatan kos setiap tahun, beliau memberi jaminan bahawa kos itu masih kekal ketika ini, namun TH akan meneliti perkara itu demi kelangsungannya sebagai pengurus dana 9.4 juta pendeposit.
"Kalau kita lihat pada 2009, kos menunaikan haji hanya RM12,600 namun tahun lepas meningkat kepada RM22,900, ia satu peningkatan begitu mendadak. Tetapi kita kekalkan bantuan haji, jemaah haji berdaftar yang menunaikan haji di bawah kelolaan TH hanya tanggung RM9,980.
"Peningkatan ini menjadi cabaran kepada kita. Sudah tiba masanya kita melihat perkara ini sebab kita mahu kekalkan perkhidmatan bertaraf dunia namun pada masa sama peningkatan kos menjadi cabaran di luar kawalan," katanya.
Berkongsi Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) bagi pengurusan haji tahun lepas, Syed Saleh berkata, ia mencapai tahap 90 peratus bagi musim haji 1440H.
"Bagi saya angka ini cukup tinggi kerana kita beroperasi di negara orang, pelanggan kita (jemaah haji) adalah mereka dalam kalangan golongan lanjut usia yang mungkin tidak pernah ke luar negara tetapi kita dapat kendalikan dengan baik. Mereka suarakan kepuasan pada indeks yang cukup tinggi," katanya.
Bagi melancarkan operasi haji tahun ini, beliau berkata, seramai 600 petugas TH akan terlibat dalam pengendalian pengurusan haji termasuk 250 petugas perubatan yang melibatkan 60 doktor dan doktor pakar, 50 pembimbing haji serta selebihnya petugas Jabatan Pendaftaran Negara dan kaunselor.
Seramai 31,600 bakal jemaah haji akan mengerjakan haji musim ini berbanding 30,200 jemaah tahun lepas yang dijadualkan menerima surat tawaran secara berperingkat mulai Selasa.
Pertambahan kuota itu merupakan hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya TH dengan kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring dengan peningkatan jumlah penduduk negara ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 26 2020
Lembaga Tabung Haji akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (bersamaan kira-kira RM326) yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah haji. - Gambar hiasan
KPT aku-akukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi
IOC menandatangani persetujuan selama 12 tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Arab Saudi untuk menganjurkan Olimpik Esukan.
Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia
The Global Sports Tower atau Menara Sukan Global akan menjadi mercu tanda penting dalam projek Sports Boulevard.
Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh
Ini kerana setiap negara telah diperuntuk dengan keluasan tanah tertentu berdasarkan jumlah kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Kesemua mereka bagaimanapun sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun 2024).
Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat
Seorang jemaah haji dari Puncak Alam di sini yang dilaporkan hilang di Mina sejak Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat.
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah
Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang 'lembut' menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah.
2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
Konvoi kesihatan bersepadu permudahkan pemindahan pesakit dari Madinah tunaikan ibadah haji
Keadaan kesihatan jemaah dipantau dan dinilai oleh pasukan perubatan pakar yang mengiringi konvoi itu sehingga tiba di Tapak Suci.