KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan membangunkan sistem 'Hajj e-learning' bermula bulan ini, dengan peruntukan hampir RM3 juta dalam usahanya memperkasa penyampaian bimbingan ibadat haji seperti terkandung dalam Kerangka Kerja Haji 2021-2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata dalam situasi pandemik COVID-19, pembelajaran secara dalam talian bukan sahaja seiring dengan keperluan zaman teknologi, malah sebahagian norma baharu kehidupan hari ini.
"Jika dilihat pada musim haji tahun 2019 dan 2020, kerajaan Arab Saudi juga sudah memulakan proses urusan haji mereka secara dalam talian, daripada permohonan haji sehingga pemilihan dan saluran makluman terkini kepada bakal haji terpilih.
"Saya percaya sudah tiba masa bagi bakal haji Malaysia melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi dan terbuka dengan cara baharu menunaikan haji," katanya ketika merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 bagi Musim Haji 1443H di sini, hari ini.
Idris turut melancarkan inisiatif digitalisasi terbaharu TH iaitu aplikasi e-TAIB (Talian Ibadah-Pusat Panggilan) bagi memudahkan urusan jemaah haji bersoal jawab mengenai hukum dan perjalanan ibadat haji semasa di Tanah Suci melalui perbualan secara langsung bersama guru agama.
IDRIS-APLIKASI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, TH dalam kenyataan memaklumkan Muzakarah Haji bermula hari ini hingga 8 Dis memberi peluang kepada lebih 500 Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan ilmuan agama berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menetapkan keseragaman hukum, selain mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.
Bertemakan 'Meningkatkan Kefahaman Ilmu Haji dalam Norma Baharu', sebanyak lima kertas kerja dibentang dan dibincangkan oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji yang mempunyai pengetahuan luas dalam melaksanakan ibadat haji.
Sementara itu, Idris pada sidang medianya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat isu berkenaan pelakon lelaki yang membuat penampilan dalam siri bertemakan 'gay' menerusi aplikasi janji temu dan penstriman video.
"Perkara itu kalau berlaku di mana-mana negeri, kita minta supaya pihak negeri itu yang panggil untuk tanya kepada dia, kerana Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) hanya penyelaras sahaja. Kita tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri.
"Kalau perkara itu (melibatkan) filem, insya-Allah kita panjangkan kepada pihak SKMM supaya menyiasat perkara itu, kerana ini bertentangan budaya norma rakyat Malaysia," katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki muda berlakon dalam siri bertemakan gay yang ditayangkan semalam di aplikasi temu janji gay dan penstriman video.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Lembaga Tabung Haji (TH) akan membangunkan sistem 'Hajj e-learning' bermula bulan ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Belanjawan 2025: Kesejahteraan perumahan mampu diberi perhatian, ini anda perlu tahu
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
RM560 juta disediakan untuk memperkasa sempadan negara
Menurut PM isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dan kerajaan kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Belanjawan 2025 junjung hak rakyat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan Belanjawan 2025 fokus kepada rakyat.
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
"Berpaksi kepada rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat," katanya.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
TVET_ HRDCorp, Khazanah, GiatMARA, PERKESO turut dipertingkat
Khazanah menyediakan 200 juta ringgit melalui Program
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) bagi membekalkan
11 ribu bakat tempatan kepada sektor utama seperti
semikonduktor #Belanjawan2025
#Belanjawan25
KDN, MINDEF masing-masing terima RM19.5 bilion dan RM21.2 bilion
Kata PM, maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
“Kepada cinta aku bertanya…” - PM
PM berpuisi dengan tajuk kepada cinta sebagai akhirulkalam pembentangan #Belanjawan2025.
Pembangunan sukan negara terima RM230 juta tahun depan
RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi dapatkan jurulatih terbaik, ikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran kepada pemain.
Peruntukan hal ehwal Islam berjumlah RM2 bilion tahun depan - PM
Kata PM, Kerajaan bersetuju menambah kuota guru KAFA sebanyak 1,500 orang, selari dengan tuntutan pendidikan fardu ain untuk anak-anak.
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
RM500 pada guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja & marbut
Ia sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
TH tubuh Rajih tingkat kecekapan, kajian isu manasik haji
Mohd Naim berkata, Rajih akan bertindak mengurus dan meneliti kajian-kajian semasa yang melibatkan hal ehwal manasik haji.
TH dukung aspirasi kerajaan, tingkat upaya penduduk menerusi Program Santuni MADANI
TH komited dukung aspirasi kerajaan menerusi Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin, Satu Kampung sebagai usaha meningkatkan potensi kampung.
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
Arab Saudi iktiraf pencapaian Malaysia dalam pengurusan jemaah haji
Kejayaan kerajaan Malaysia dalam pengurusan jemaah haji melalui Tabung Haji boleh menjadi model terbaik untuk dicontohi dan diterapkan negara lain.
TH sambut baik inisiatif perkasa Ekonomi MADANI
TH juga beriltizam untuk mengukuhkan kelestarian impak sosial negara menerusi instrumen kewangan Islam.
Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan
Sejak penubuhannya, TH telah salurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Operasi haji memuaskan, Arab Saudi anggap pengurusan TH terbaik - Mohd Na'im
Perkara berkenaan dizahirkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara peribadi kepadanya baru-baru ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji selamat digunakan walaupun terdapat beberapa pembaharuan.