"Abang ... saya dah bunuh mak."
Itu ayat pertama yang keluar dari mulut suspek yang dipercayai menetak ibu kandungnya sehingga mati, kepada abang sulungnya susulan tragedi di sini pada malam Selasa.
Dalam kejadian sekitar 7 malam itu, mangsa, Low Kew @ Low Lin Kiew, 74, ditemui maut akibat ditetak di leher di rumah mereka di Kampung Baru Air Kuning, dekat sini.
Abang kepada suspek yang ingin dikenali sebagai Chan berkata tidak pernah terlintas di fikirannya adiknya boleh bertindak sekejam itu.
Katanya, adiknya mengakui melakukan pembunuhan ngeri itu ketika dia bertanyakan mengenai kesan darah pada baju dan mukanya.
"Sebaik sahaja saya sampai di rumah, adik saya kelihatan seperti dalam keadaan khayal dan terdapat kesan darah di bahagian baju dan pada mulanya saya menyangka hidungnya berdarah tapi dia menafikannya.
"Saya macam tak percaya apabila dia sendiri memberitahu dia telah bunuh emak kami, dan pada masa itu dia seakan-akan khayal seperti di bawah pengaruh dadah,"katanya ketika ditemui Astro Awani, pada petang Rabu.
Tambahnya, suspek yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu merupakan seorang pekebun sawit dan tinggal berdua bersama ibu mereka sejak dua tahun lepas.
Katanya, suspek sebelum ini tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengambil keputusan pindah ke kampung mereka di Kampung Baru Air Kuning dekat daerah Tapah.
"Emak sering menghubungi saya sejak dua hari lepas, malah telefon minta saya segera pulang ke kampung untuk membawanya adik mendapatkan rawatan kerana sering bercakap yang bukan-bukan.
"Sebab itu saya balik ke kampung semalam namun tidak sangka pula kejadian ngeri seperti ini boleh berlaku," katanya.
Ketika ditemui Astro Awani di kediamannya hari ini, anak perempuannya kelihatan sugul dan termenung ketika diajukan soalan.
Anak bongsu mangsa yang berusia sekitar 40-an itu berkata beliau bekerja di Kuala Lumpur dan hanya kembali ketika cuti sekolah untuk menjenguk emaknya.
" Saya mendapat panggilan daripada abang memaklumkan mengenai perkara ini dan saya masih terkejut dan tidak dapat menerima insiden ini, saya masih tidak dapat menerima bahawa abang saya tergamak membunuh emak kami sendiri,"katanya sambil menitiskan air mata.
Jiran, Lai Choon, 60 berkata beliau tidak begitu mengenali anak mangsa secara peribadi kerana anak lelakinya tidak pernah berbual atau bertegur sapa dengan jiran-jiran mereka sebelum ini.
"Memang saya selalu nampak dia di sekitar kawasan perumahan ini, tetapi selalunya dia akan berjalan seorang diri dan merayau di kawasan sekitar malah selalu berdiam diri.
"Saya pun tak pasti samada dia ada masalah mental kerana saya hanya pernah berbual dengan adik-beradiknya yang lain.
Setahu saya mangsa mempunyai masalah kesihatan di kedua-dua belah lutut dia dan perlukan seseorang untuk menjaganya,"katanya.
Lai Choon berkata beliau telah menetap di kawasan perumahan itu lebih daripada 40 tahun dan tidak menyangka kejadian tragis itu akan menimpa jirannya.
"Anak lelakinya itu bekerja di Kuala Lumpur dan hanya balik ke sini baru-baru ini untuk menjaga emaknya, saya pun tidak mendengar sebarang pergaduhan semasa kejadian itu berlaku, tiba-tiba dapat tahu polis dah berkumpul di sini tengah malam semalam," katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Sep 28 2016
Mangsa, Low Kew @ Low Lin Kiew, 74, ditemui maut akibat ditetak di leher di rumah mereka di Kampung Baru Air Kuning, dekat sini. - Gambar Astro AWANI
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Israel bunuh 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu
Serangan kejam itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menamatkan lawatan terbarunya ke rantau itu.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.