Aliran trafik di sepanjang Jambatan Angkat atau ‘Drawbridge’ dijangka melonjak di kedua-dua arah pada Hari Raya pertama dan kedua.
Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din.
Kata beliau, keadaan itu disumbang pertambahan aliran masuk pengguna termasuk perantau yang pulang ke kampung dan teruja untuk melihat jambatan yang menjadi mercu tanda baharu Terengganu itu.
Bagaimanapun, kata Abdul Rahim, pihaknya ada strategi memastikan aliran trafik itu berjalan lancar.
Antaranya, menempatkan anggota termasuk Balai Bergerak bagi melakukan pemantauan.
“Kita juga akan gerakkan anggota trafik dan untuk Unit Rondaan Bermotosikal untuk membuat rondaan secara berkala dan juga sekiranya berlaku kesesakan di atas jambatan ini, mereka akan mengambil tindakan melancarkan lalu lintas,” jelas beliau.
Anggota yang ditempatkan di jambatan ikonik itu akan bertugas secara giliran selama 24 jam sehingga 17 Jun ini.
Jambatan ikonik Terengganu itu dibuka kepada orang awam bermula jam 7 pagi dari 2 hingga 17 Jun ini bagi tempoh percubaan.
Jambatan angkat bernilai RM248 juta ini menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.
Selain itu jambatan itu juga merupakan komponen Kuala Terenggani City Centre (KTCC) yang bakal menjadi salah satu mercu tanda Terengganu dan produk pelancongan terbaru negeri itu.
Sharom Abu Bakar
Mon Jun 03 2019

Anggota yang ditempatkan di jambatan ikonik itu akan bertugas secara giliran selama 24 jam sehingga 17 Jun ini.

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan
Pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.

Mayat lelaki pakai gelang kuarantin, negatif COVID-19
Lelaki berusia 36 tahun itu sepatutnya memotong gelang kuarantin tersebut pada 18 Julai lepas, namun gagal dihubungi pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu.

Polis nafi suspek berkaitan penemuan mayat ditangkap
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata setakat petang semalam tiada sebarang tangkapan berkaitan kes tersebut dilakukan.

Ombak besar: Tutup laluan 'Miami Beach' jika orang ramai terus berkumpul - Polis
Selain Pantai Seberang Takir, penutupan jalan turut dilakukan di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit.

Teruja dengan Drawbridge, aliran trafik diramal meningkat
Keadaan itu disumbang pertambahan aliran masuk pengguna termasuk perantau yang pulang ke kampung dan teruja untuk melihat jambatan itu.

Henti tular berita kanak-kanak diculik di Terengganu - Polis
Polis akan memanggil beberapa pemilik akaun media sosial yang disyaki menyebarkan berita itu sehingga mencetuskan panik dan resah dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa.