KUALA TERENGGANU: Polis memburu dua kumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata berbahaya di luar sebuah kedai makan di Kuala Ibai di sini pada malam Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu di luar premis milik seorang wanita itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.
"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menerima maklumat berkenaan kejadian bergaduh menggunakan senjata di luar premis kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai di sini pada jam 9 malam, Khamis lalu.
"Susulan itu, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, seramai lapan suspek telah ditahan dalam operasi yang dijalankan sehingga petang Jumaat dan usaha mengesan beberapa suspek lain sedang giat dijalankan.
"Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku antara seorang lelaki yang merupakan seorang penyewa rumah dengan seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.
"Ia dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan yang berlaku pada pagi hari kejadian," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham, bukan berpunca daripada isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan orang awam.
"Situasi keselamatan di kawasan berkenaan adalah terkawal dan orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Rohaidy di talian 013-9324302 atau berhubung dengan bilik gerakan IPD Kuala Terengganu di talian 09-6322243," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 30 2022

Pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam insiden tular pergaduhan bersenjata di kawasan Merlin Tower, Johor Bahru, petang semalam.

KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.

Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.

Polis siasat Pegawai Khas Menteri Besar Kedah bergaduh
Polis buka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar.

Sultan titah supaya pasukan, penyokong Selangor FC jaga tingkah laku
Pesanan itu disampaikan oleh baginda melalui sepucuk warkah kepada pengurusan Selangor FC pada 10 Okt lepas.

Peniaga sayur ditahan toreh leher lelaki kerana isu parkir
Seorang peniaga sayur rakyat tempatan ditahan selepas dipercayai menoreh leher seorang lelaki dalam insiden perselisihan faham di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong.

Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.

Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.

Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.