Orang ramai diminta segera menghentikan penyebaran mesej palsu berkenaan cubaan menculik kanak-kanak di Kampung Banggol Peradong, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata berita yang tular beberapa hari lepas itu adalah palsu dan pihaknya tidak pernah menerima laporan mengenai perkara itu.
Beliau berkata polis akan memanggil beberapa pemilik akaun media sosial yang disyaki menyebarkan berita itu sehingga mencetuskan panik dan resah dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa.
"Saya minta ibu bapa jangan takut dan bimbang kerana penularan mesej mengenai kes culik kanak-kanak ini dah selalu berlaku tetapi kami tak pernah terima laporan daripada mana-mana pihak.
"Untuk makluman, polis sentiasa menjalankan rondaan cegah jenayah di semua kawasan termasuk di tempat yang didakwa berlaku cubaan culik bagi memastikan keselamatan orang ramai terjaga," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata penularan mesej itu susulan kes pencerobohan di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak pada 21 Feb lalu melibatkan empat lelaki yang menaiki sebuah van bewarna kelabu.
Beliau berkata kes itu tidak diklasifikasi sebagai kes culik kerana suspek tidak sempat berbuat apa-apa dan tiada kerugian dilaporkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh namun sehingga kini masih tiada tangkapan.
Bernama
Mon Feb 25 2019

Orang ramai diminta segera menghentikan penyebaran mesej palsu berkenaan cubaan menculik kanak-kanak di Kampung Banggol Peradong. -Gambar hiasan

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan
Pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.

Mayat lelaki pakai gelang kuarantin, negatif COVID-19
Lelaki berusia 36 tahun itu sepatutnya memotong gelang kuarantin tersebut pada 18 Julai lepas, namun gagal dihubungi pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu.

Polis nafi suspek berkaitan penemuan mayat ditangkap
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata setakat petang semalam tiada sebarang tangkapan berkaitan kes tersebut dilakukan.

Ombak besar: Tutup laluan 'Miami Beach' jika orang ramai terus berkumpul - Polis
Selain Pantai Seberang Takir, penutupan jalan turut dilakukan di Pantai Pengkalan Maras, Batu Rakit.

Teruja dengan Drawbridge, aliran trafik diramal meningkat
Keadaan itu disumbang pertambahan aliran masuk pengguna termasuk perantau yang pulang ke kampung dan teruja untuk melihat jambatan itu.

Henti tular berita kanak-kanak diculik di Terengganu - Polis
Polis akan memanggil beberapa pemilik akaun media sosial yang disyaki menyebarkan berita itu sehingga mencetuskan panik dan resah dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa.