Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lapan lelaki Filipina yang didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini perlu diwakili peguam bagi membela mereka demi keadilan dan atas dasar kemanusiaan.
Abdul Gani berkata disebabkan prinsip itu, beliau memohon mahkamah supaya tidak mencatatkan sebarang pengakuan tertuduh sehingga diwakili peguam masing-masing.
Katanya Jabatan Peguam Negara akan menghubungi kedutaan Filipina esok sekiranya mereka berhasrat melantik peguam bagi pihak warganegaranya.
"Kelapan-lapan mereka telah dituduh tetapi saya meminta supaya hakim tidak mengambil pengakuan sebab sebagai pendakwa raya, saya berpendapat bahawa mereka harus diwakili peguam kerana hukumannya adalah berat.
"Kita ada peruntukan di mana bagi dua tertuduh di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong), ia membenarkan kerajaan melantik peguam untuk mereka, mahkamah akan melantik peguam dan kerajaan akan bayar.
"Walaupun tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (menjadi ahli pengganas) yang dihadapi tertuduh lain tidak membawa hukuman mati, namun saya memberi jaminan kepada mahkamah bahawa saya akan cuba seberapa boleh untuk dapatkan peguam. Bukan atas apa tetapi atas prinsip kemanusiaan, seseorang yang dituduh harus mendapat pembelaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
Bagi tujuan yang sama, beliau juga telah berbincang dengan Sabah Law Association untuk membantu mendapatkan peguam bagi pihak tertuduh dan pagi semalam, beliau menghubungi Presiden Majlis Peguam Christopher Leong untuk membantu.
"Presiden Majlis Peguam di Kuala Lumpur juga saya hubungi dan mereka pun bersedia untuk membantu apa yang mereka boleh. Namun, Sabah Law Association adalah badan yang bertanggungjawab di Sabah. Mereka ada undang-undang, peguam di Semenanjung bukan sewenang-wenangnya dapat masuk untuk praktis di sini.
"Tetapi terpulang kepada mereka. Saya akan berbincang dengan mereka. Saya jangkakan mereka akan menyediakan peguam bagi kes ini," katanya.
Bernama
Thu Mar 21 2013
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.