KUALA LUMPUR: Terima kasih.
Walaupun ringkas, namun ungkapan itu amat bermakna, malah tidak ternilai jika dibandingkan dengan pengorbanan perwira negara dalam melindungi kedaulatan tanah air.
Sempena Hari Pahlawan 2023 hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar semoga semua perwira negara sentiasa dirahmati, diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi daripada segala bahaya serta kemudaratan.
"Kepada mereka yang masih dalam tugasan di perbatasan, terima kasih saya ucapkan dan bagi yang telah tiada, didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.
"InsyaAllah," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi catatan di Facebook beliau.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi catatan di Facebook beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan, jasa dan khidmat bakti pahlawan negara dalam melindungi, mempertahankan kedaulatan serta dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara.
Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata tanpa pengorbanan perwira sama ada yang telah terkorban atau masih setia berkhidmat, warga Malaysia mungkin tidak dapat menikmati keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran seperti hari ini.
"Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2023 kepada para pejuang negara khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terima kasih sekali lagi wira dan wirawati negara. Jasa kalian hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya," katanya.
Tarikh 31 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Kedua-dua TPM mendoakan agar semoga semua perwira negara sentiasa dirahmati, diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi daripada segala bahaya serta kemudaratan sempena Hari Pahlawan 2023 hari ini. -Facebook
Kerjasama hidrogen Petros, Petronas disokong oleh teknologi Jepun - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama Petros dan Petronas dalam tenaga alternatif hidrogen di Sarawak akan disokong oleh teknologi Jepun.
#AWANInews
#AWANInews
Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.
Usaha Jepun untuk Gaza sangat bermakna untuk Malaysia, umat Islam - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai.
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
"Ia membabitkan isu pembangunan semula Gaza dan Palestin", katanya.
#AWANInews
179,000 dipindahkan susulan kebakaran hutan di Los Angeles
Ramalan cuaca melanjutkan amaran merah sehingga 6 petang waktu tempatan pada Jumaat di daerah Los Angeles dan Ventura.
Niaga SPOTLIGHT: Business Trends 2025: Balancing Life & Technology
The complex relationship between people and technology in 2025 is underscored by inflation and the cost-of-living crisis, driving consumer behaviour towards working smarter, not harder this year.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
NIAGA SPOTLIGHT features Azwan Baharuddin, Country Managing Director, Accenture discussing key findings from their latest Life Trends 2025 Report: The Parent Trap, Impatience Economy, Dignity of Work and Social Rewilding, which highlight the global pursuit for a more balanced relationship with technology across age demographics.
Misteri bau busuk bawa penemuan mayat seorang lelaki
Mayat lelaki berusia 68 tahun ditemui mati dalam keadaan berbaring di atas katil di dalam bilik rumahnya.
Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Kematian bayi di Taska: Srikandi Bersatu gesa beri perhatian serius, kemuka empat cadangan
Srikandi Bersatu cadang penubuhan Unit Khas Pengawasan di bawah kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu
Bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Biden berkata, persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.