BERITA kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah pada pagi Rabu disambut dengan kesedihan daripada pelbagai lapisan rakyat di seluruh negara.
Ini kerana Almarhum seorang raja yang cukup dekat dengan masyarakat selain sentiasa mengambil berat apa sahaja masalah yang dihadapi oleh segenap lapisan rakyat.
Demikian juga dalam kalangan ahli keluarga diraja Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah digambarkan sebagai seorang datuk yang hebat dan penyayang.
Keperibadian menawan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dikongsi cucunda baginda, Puteri Afzan Shakira Nabila dalam laman sosial Instagramnya.
Puteri Afzan Shakira Nabila menyatakan bagaimana Almarhum telah bergelar seorang nenda yang luar biasa bagi keluarga diraja itu.
Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi ini.
Berita kemangkatan tersebut disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pagi ini.
"Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.
"Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar Pahang pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut meminta semua rakyat bersama-sama mendoakan semoga roh Almarhum Sultan Ahmad Shah dirahmati dan ditempatkan bersama pada syuhada.
BACA: Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah mangkat di IJN
Astro Awani
Wed May 22 2019
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah digambarkan sebagai seorang datuk yang hebat dan penyayang. - Gambar fail BERNAMA
SUKMA 2024: Kanak-kanak lima tahun terima kereta, hadiah utama cabutan bertuah
Ainul Mardhiah Hirizuan dipilih dalam kalangan 40 ribu yang hadir dalam upacara pembukaan SUKMA 2024 untuk membawa pulang sebuah Perodua Aruz.
1.8 juta jalani ujian saringan MPOX
Seramai 1.8 juta pengembara telah menjalani ujian saringan MPOX sejak CPRC diaktifkan pada 16 Ogos lalu.
Pemandu Exco Johor hentikan kereta di tengah jalan, tiada laporan diterima - Polis
Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan pemandu kepada seorang anggota exco kerajaan negeri menghentikan kenderaan di tengah jalan.
PAU 2024: Pemimpin dan ahli UMNO perlu sentiasa hantar mesej yang baik - Mohamad
Pemimpin dan ahli UMNO perlu sentiasa menghantar mesej yang baik kepada orang Melayu dan mengelakkan daripada mengucapkan sesuatu yang hanya mampu mengundang kemarahan.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
Kontraktor projek JENDELA gagal ikut tempoh masa mungkin didenda - Teo
Pihak kontraktor pelaksana projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu yang gagal mengikut tempoh masa ditetapkan, mungkin berdepan tindakan denda.
Tanah jerlus Masjid India: Premis perniagaan sekitar sepi, lengang
Walaupun premis perniagaan di sekitar lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, masih dibuka dan beroperasi seperti biasa namun kawasan itu kelihatan sepi kerana kurang pengunjung.
Op Koloni setinggan tahan PATI, rampas rokok seludup
Operasi Koloni Setinggan, di Sandakan menyasarkan lokasi koloni setinggan sekitar daerah berkenaan yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.
Sarawak akan jadi lokasi pelancaran satelit pertama di Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat pembangunan fizikal negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu dan akan diwartakan tidak lama lagi.
Festival Flora dan Cahaya Warisan Kuching 22-25 Ogos
Festival Flora dan Cahaya Warisan Kuching akan menjadi salah satu produk pelancongan baharu yang akan menarik lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke Sarawak.
Twitch perkenal 'video stories', bersaing dengan Instagram, TikTok
Kemas kini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia melalui aplikasi mudah alih Twitch.
Orang ramai diminta rujuk buku panduan JaPen mengenai tatacara betul kibar Jalur Gemilang
JaPen meminta orang ramai merujuk buku panduan 'Bendera Kita Jalur Gemilang' bagi mengetahui tatacara mengibarkan Jalur Gemilang.
Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51 diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.
Turkiye tarik balik larangan kepada Instagram
Turkiye pada Sabtu telah memulihkan akses kepada platform media sosial popular Instagram selepas lebih seminggu dengan menyatakan Meta menerima syarat Ankara mengenai pemadaman kandungan.
Instagram kini sokong 20 gambar dalam satu perkongsian
INSTAGRAM kini mengemas kini penawaran perkhidmatan perkongsian gambar pada platform mereka, membolehkan pengguna memilih untuk berkongsi sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian.
Laporan permohonan maaf Meta kepada PM Anwar dapat perhatian dunia Arab
Laporan Meta Platforms memohon maaf kepada Anwar Ibrahim mendapat liputan meluas media di negara Arab dan berbahasa Arab.
PM terima permohonan maaf Meta - Fahmi
Anwar Ibrahim sudah menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung tindakan menurunkan kandungan berkaitan isu Palestin di akaun Facebook dan Instagram milik beliau.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat wanita ditahan disyaki jual lencana kereta guna nama kerabat diraja Kelantan
Polis menahan empat wanita tempatan dan memburu seorang lelaki disyaki menjual dan menyalahgunakan lencana kereta menggunakan nama 'Raja Kelantan Asal Bentara Setia Paduka Raja'.
Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap'
Akaun media sosial milik ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.