KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri akan meminda Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini, bagi mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, ini kerana enakmen semasa dengan pindaan terakhir pada tahun 1987 dilihat sudah tidak relevan, dan orang ramai tidak takut kerana hukumannya terlalu rendah dengan kadar denda pula terlalu sedikit.
Beliau berkata enakmen itu hanya menghalang penjualan telur penyu belimbing sahaja sedangkan penyu belimbing sudah terlalu lama tidak mendarat di Terengganu.
"Kali terakhir pendaratan dikesan pada 2017 di dua lokasi di Dungun iaitu di Kuala Abang dan Rantau Abang," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemuliharaan penyu di Pantai Mak Kepit di Pulau Redang pada Khamis.
Menurutnya ketika ini hanya Terengganu satu-satunya negeri di Malaysia yang masih membenarkan penjualan telur penyu (spesis penyu agar, penyu karah dan penyu lipas) secara terbuka.
Azman berkata hasrat kerajaan negeri untuk mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu melalui pindaan enakmen itu sehingga kini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pelbagai pihak.
"Badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan konservasi penyu dan alam sekitar serta Institusi Pengajian Tinggi antara yang menyambut baik cadangan ini.
"Pada masa sama kita berharap orang ramai ambil maklum perkara ini terutama peniaga di Pasar Besar Kedai Payang yang masih menjual telur penyu agar menghentikan aktiviti itu secara berperingkat sebelum pengharamannya dikuatkuasakan," katanya.
Kerajaan negeri juga meningkatkan jumlah peruntukan kepada usaha pemuliharaan penyu dengan menyalurkan sebanyak RM300,000 pada tahun ini berbanding RM180,000 pada tahun lepas sebagai tanda keprihatinan terhadap usaha itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021
Hasrat kerajaan negeri untuk mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu melalui pindaan enakmen itu sehingga kini mendapat maklum balas yang sangat positif. - Bernama
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Insiden penyu naik sehingga ke jalan raya bukan fenomena pelik
Jabatan Perikanan Negeri telah meneliti hantaran video tular itu dan mendapati penyu dewasa tersebut merupakan spesies penyu agar.
Disangka guni, rupanya bangkai penyu terikat pada batu
Nor Shazwa berkata ini pengalaman pertama melihat penyu, namun sedih kerana haiwan itu seolah sengaja dibunuh.
Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kadar kematian haiwan tersebut dapat dikurangkan.
UMT anjur program selamatkan penyu
Kempen 'Bring Our Turtles Back' bertujuan memperkasakan ilmu dan pengetahuan orang ramai dalam memulihara kelestarian haiwan marin itu.
Kira-kira 400 pendaratan penyu direkod tahun ini
Jumlah pendaratan berkenaan adalah antara yang tertinggi di semenanjung dengan jumlah kematian kurang daripada 0.5 peratus.
Wujudkan platform salur penemuan penyu secara terus
Penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi.
Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.
31 ekor penyu mati dalam tempoh 3 bulan
Jumlah itu agak tinggi bagi tempoh suku pertama tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.
Polis Marin tahan lelaki, rampas organ penyu di Semporna
Suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar.
Lapan inovasi memerangi pencemaran plastik di serata dunia
Sisa plastik dan pencemaran kini mengancam kesihatan bukan saja haiwan seperti penyu malah manusia dan ekosistem di seluruh dunia.