SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai organ penyu yang sudah dipotong-potong di dalam ruangan sebuah perahu di Kampung Bangau-Bangau di sini semalam.
Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata, pihaknya ke lokasi kejadian pada 10 pagi dan menghampiri sebuah perahu yang berikat di tiang sebuah rumah sebelum menemukan suspek berumur 31 tahun dalam keadaan mencurigakan.
"Kemudian, pemeriksaan ke dalam ruangan perahu menemukan 25 keping sisik marginal penyu (RM3,500), 13 keping plastron (kulit bahagian dada) penyu (RM13,000) dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melapah penyu antaranya pisau, kapak serta tukul," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad berkata, suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (EPHL) 1997.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar. - Polis Marin Sabah
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Polis Marin catat rampasan RM216 juta setakat November 2024
Babitkan 7,756 kes jenayah maritim termasuk penyeludupan kontraban seperti dadah, barangan kawalan, migran serta pencerobohan sempadan.

Sorok rokok seludup bernilai RM5.12 juta dalam rumah
Rampasan rokok putih terbesar di negeri ini hasil daripada Operasi Kontraban yang dijalankan sejak 10 November lalu di beberapa premis di sekitar George Town di sini.

PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Polis berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.

Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai
Polis besemua lelaki berusia 29 hingga 61 tahun itu, ditahan kira-kira pada jam 1.35 tengah hari oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Sarjan Mejar tidak mengaku salah 21 pertuduhan terima suapan
Tertuduh ditahan pada 27 Februari lalu di pejabat SPRM, Pulau Pinang mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Kapal korek pasir RM7.5 juta berdaftar di Mongolia ditahan di Kota Belud
Kapal yang disyaki berdaftar di Mongolia itu dikesan pasukan PPM Wilayah 4 Sabah dalam Op Terancang pada kedudukan 0.38 batu nautika dari Pulau Usukan, 5 petang Isnin.

Diesel lebih RM88,000 disyaki diseleweng dirampas di Alor Setar
Premis yang diserbu itu tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk berurus niaga dengan barang kawalan.

Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Bot itu memuatkan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak.

Dua pemandu lori seleweng diesel ditahan di Skudai
Kedua pemandu lori berusia 28 dan 56 tahun membawa muatan kira-kira 2,000 liter dan 3,167 liter diesel tanpa permit yang sah.