KUALA TERENGGANU: Seorang wanita terkejut apabila menemukan bangkai seekor penyu dalam keadaan kaki pendayung sebelah kanan terikat pada batu di Pantai Pandak Chendering, di sini pada petang Ahad.
Nor Shazwa Samnuri, 27, berkata, pada mulanya dia teruja kerana menyangka objek yang ditemui itu adalah seekor penyu yang masih hidup.
"Dari jauh saya ternampak satu objek seperti guni. Saya terus beritahu ayah yang kebetulan ada bersama di pantai. Sebaik sahaja lihat objek tu ayah kata ia adalah penyu.
"Bagaimanapun, sebaik sahaja kami mendekati objek itu, kami terkejut sebab tak sangka penyu itu rupa-rupanya telah mati," katanya yang berasal dari Bukit Payong, Marang.
Menurut Nor Shazwa, ia adalah pengalaman pertama pertama dia melihat penyu namun tidak dapat menahan kesedihan kerana mendapati haiwan itu seolah-olah sengaja dibunuh kerana terdapat tali yang diikat pada batu.
"Saya sedih sebab tengok cangkerang penyu itu pecah dan kakinya (pendayung hadapan kanan) diikat dengan batu, seolah-olah sengaja mahu ditenggelamkan dan dibiarkan mati.
"Saya sempat ambil beberapa keping gambar sebagai bukti penemuan tersebut untuk rujukan pihak yang bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli berkata, berdasarkan gambar yang ditularkan, penyu itu dipercayai dari spesies agar.
"Jika dilihat corak pada badan, nampak penyu itu macam masih muda namun jantinanya sukar dipastikan kerana tiada pemeriksaan fizikal," katanya.
Ujar beliau, kematian penyu akibat perbuatan khianat bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini terdapat kes yang sama berlaku.
"Sudah ada kes penyu mati yang diikat dengan batu, ada juga kes kesan toreh di bahagian perut penyu betina dipercayai kerana mahu mengambil telurnya.
"Sebab itulah kita berharap agar perkara ini dipandang serius oleh semua pihak terutama golongan nelayan yang sentiasa menjadi 'mata dan telinga' kerajaan ketika berada di lautan.
"Sekiranya terjumpa penyu tersangkut atau mati di laut, ia boleh dibawa balik ke pangkalan, dan hubungi Jabatan Perikanan agar bangkai itu boleh dilupuskan dengan baik," jelas beliau.
Menurut Mohd Uzair, kerjasama itu diperlukan bagi mengenal pasti punca kematian spesies hidupan marin itu yang kini semakin diancam kepupusan.
"Penting untuk kita dapatkan bangkai penyu untuk kita buat autopsi bedah siasat cari punca kematian penyu itu.
"Jika penyu itu telah mati dan ditenggelamkan dengan cara begini iaitu diikat dengan batu kemudian ditemukan terdampar di tepian pantai, ia akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan memberi imej yang tidak baik untuk negeri kita sendiri," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 05 2023

Seekor penyu dipercayai daripada spesies agar ditemukan mati dengan kaki pendayung hadapan sebelah kanan terikat pada batu di Pantai Pandak Chendering di Kuala Terengganu. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Insiden penyu naik sehingga ke jalan raya bukan fenomena pelik
Jabatan Perikanan Negeri telah meneliti hantaran video tular itu dan mendapati penyu dewasa tersebut merupakan spesies penyu agar.

Disangka guni, rupanya bangkai penyu terikat pada batu
Nor Shazwa berkata ini pengalaman pertama melihat penyu, namun sedih kerana haiwan itu seolah sengaja dibunuh.

Kadar kematian penyu di Terengganu membimbangkan
Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kadar kematian haiwan tersebut dapat dikurangkan.

UMT anjur program selamatkan penyu
Kempen 'Bring Our Turtles Back' bertujuan memperkasakan ilmu dan pengetahuan orang ramai dalam memulihara kelestarian haiwan marin itu.

Kira-kira 400 pendaratan penyu direkod tahun ini
Jumlah pendaratan berkenaan adalah antara yang tertinggi di semenanjung dengan jumlah kematian kurang daripada 0.5 peratus.

Wujudkan platform salur penemuan penyu secara terus
Penggunaan aplikasi dan nombor kecemasan lebih praktikal untuk digunakan orang awam berbanding talian telefon rasmi.

Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.

31 ekor penyu mati dalam tempoh 3 bulan
Jumlah itu agak tinggi bagi tempoh suku pertama tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Polis Marin tahan lelaki, rampas organ penyu di Semporna
Suspek dan rampasan peralatan serta perahu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna dan kes itu dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar.

Lapan inovasi memerangi pencemaran plastik di serata dunia
Sisa plastik dan pencemaran kini mengancam kesihatan bukan saja haiwan seperti penyu malah manusia dan ekosistem di seluruh dunia.