KUALA TERENGGANU: Bermula esok, Terengganu membenarkan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut.
"Kebenaran ini diberi setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berdasarkan situasi semasa COVID-19 namun mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Begitu juga dengan solat sunat Aidiladha tidak lama lagi, syaratnya sama seperti pelaksanaan solat Jumaat. Kesemua 40 jemaahnya mestilah lelaki, ahli kariah yang bermastautin kecuali individu yang mendapat kebenaran khas dari Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi solat fardhu secara berjemaah di masjid dan surau pula, masih kekal hanya 12 orang dibenarkan.
Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.
Dalam pada itu, Osman berkata, pelaksanaan ibadah korban dan akikah adalah dibenarkan sama ada di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veteriner Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV, perkarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
"Jumlah haiwan korban dihadkan kepada lima ekor haiwan sahaja sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan yang dibenarkan.
"Jumlah petugas hendaklah tidak melebihi 10 orang dan kesihatan mereka memuaskan. Aktiviti korban dan akikah perlu membuat permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh JHEAT," katanya.
Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadat korban adalah tidak dibenarkan.
Begitu juga dengan mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sebarang aktiviti adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh penutupan, katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021

Jumlah 40 orang jemaah yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat itu tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tersebut. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan hari ini.

Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.

Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.