TAPAH: Perasaan tidak sedap hati seorang anak membawa khabar duka apabila ibunya disahkan maut dalam nahas di Kilometer 57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Jambatan Sungai Batang Padang di sini pada Jumaat.
Kemalangan sekitar jam 7.15 pagi itu telah mengorbankan Shahriza Ishak, 39, selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum terseret sejauh 10 meter.
BACA: Wanita maut diseret treler di jalan lama Ipoh - Kuala Lumpur
Menurut suami Shahriza, Abd Aziz Ahmad, 52, kebimbangan itu disuarakan anaknya, Nur Syazwani, 17, ketika menghubunginya yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini.
"Dia telefon beritahu rasa tidak sedap hati apabila ibu mereka tidak pulang lagi selepas hantar dua adiknya yang berusia 11 dan 15 tahun ke sekolah.
"Saya terus pulang dan ambilnya sebelum hantar ke sekolah. Ketika melalui lokasi kejadian, saya ternampak motosikal warna biru dengan ada mayat yang ditutupi plastik hitam dan kesan berkecai.
"Saya cam motosikal isteri. Saya terduduk menggeletar manakala anak saya menangis di tepi jalan. Saya tahu apabila kemalangan melibatkan treler, memang dia tiada harapan," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini.
Menurutnya, menjadi rutin arwah untuk menghantar tiga anak mereka ke sekolah apabila dia bekerja shif malam.
"Dia akan berulang-alik mengambil anak kami untuk dihantar ke sekolah. Ketika kejadian, sepatutnya dia ambil Syazwani untuk hantar ke sekolah.
"Saya seolah-olah tidak percaya yang dia sudah 'pergi' sedangkan sebelum kejadian dia ada menghubungi saya mengadu anak perempuan tertidur ketika bersiap-siap ke sekolah," katanya.
Kata Abd Aziz, dia kini perlu menguruskan keluarga terutama anak sulung mereka, lelaki, berusia 19 tahun, yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Sementara itu, Nur Syazwani berkata, ibunya ada menunjukkan perubahan ketara pada pagi kejadian apabila tiada lagi bebelan yang menyuruh mereka tiga beradik bersiap.
"Selalu ibu akan bising tetapi hari ini dia kejutkan tidur pun lembut sahaja. Pagi ini ibu sangat lain, dia banyak diam, kami tidak terfikir itu petanda dia tinggalkan kami.
"Masa nampak ibu terbaring saya rasa lemah dan saya berharap itu mimpi dengan harapan apabila bangun ibu sebenarnya ada lagi. Apa pun, sudah tertulis untuk ibu pergi," katanya.
DIfahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Damai di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu treler berusia 36 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut berikutan dia didapati positif dadah jenis methamphetamine.
"Siasatan ke atas lelaki itu dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala siasatan bagi kes kemalangan pula dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 12 2022
Ahli keluarga dan sanak saudara menunggu di pekarangan Unit Forensik Hospital Tapah sementara menunggu bedah siasat selesai. - Foto Sinar Harian
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
'Terduduk lihat jenazah isteri'
Motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum terseret sejauh 10 meter.