KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) mengadakan lawatan operasi selama empat hari ke Malaysia bermula semalam bersempena program Unit Kadet Tentera Laut Diraja Thailand (RTNCU).
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, lawatan berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada 349 pegawai kadet TLDT tentang komuniti tentera laut negara sahabat yang merupakan antara silibus latihan mereka.
"Tiga buah kapal TLDT iaitu HTMS NARESUAN (FF 421), HTMS BANGPAKONG (FF 456) dan HTMS PATTANI (OPV 511) telah berlabuh di Tambatan Pangkalan TLDM Pulau Indah (TPPI), Klang, Selangor pada 9 pagi Isnin dan akan kekal di situ hingga 9 Mac ini dalam rangka lawatan operasi ke Malaysia.
"Turut sama mengikuti pelayaran ini adalah Laksamana Muda Preediwat Diloknoranart, iaitu Timbalan Komandan Akademi Tentera Laut Diraja Thailand," menurut kenyataan itu.
Ketibaan ketiga-tiga kapal TLDT di TPPI itu disambut Pengarah Bahagian Operasi di Markas Tentera Laut, Kapten Nasrol Hakim Jamludin.
Bersempena lawatan tersebut, beberapa program telah dirancang antaranya kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi Nasional, Laksamana Muda Datuk Hanafiah Hassan dan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed.
"Kedua-dua kunjungan hormat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin sekian lama antara kedua-dua Tentera Laut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

HTMS NARESUAN adalah kapal jenis Frigat daripada Kelas NARESUAN di bawah pemerintahanan Captain Yos Keawkamnerd dengan kekuatan 172 orang. - Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tentera Laut Diraja Thailand adakan lawatan operasi empat hari ke Malaysia
Lawatan berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada 349 pegawai kadet TLDT tentang komuniti tentera laut negara sahabat.