KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mencabar syarikat automobil negara, Proton Holdings Bhd (PROTON) untuk membina dan menguasai teknologi kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Tenggara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Protonperlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.
Menurutnya, fokus pasaran PROTON tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau ASEAN.
Tambah beliau, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 59 projek bernilai RM26.2 bilion dalam EV serta ekosistem berkaitan dan beliau menggesa Proton mengambil kesempatan daripada insentif tersebut.
“Jadi sebenarnya, Proton, anda mempunyai kelebihan dalam memanfaatkan ekosistem sedia ada ini dan juga insentif kerajaan.
“Jadi, saya berharap untuk melihat usaha Proton dalam membangunkan lagi ekosistem automotif termasuk kenderaan generasi akan datang dan EV.
“Kita perlu menggalakkan lebih banyak vendor tempatan melalui lebih banyak pemindahan pengetahuan dan teknologi.
Ini bermakna, lebih banyak R&D (kajian dan pembangunan) yang bermakna, peningkatan kemahiran terkini untuk rakyat Malaysia…supaya Proton boleh meluaskan pasarannya di luar sempadan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Proton S70 di Kuala Lumpur pada Selasa.
Turut hadir, Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON), Tan Sri Syed Faisal Albar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.
Model terbaharu dari PROTON itu akan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT.
Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 pada 1,750 hingga 4,000 rpm.
Tujuh warna ditawarkan sebagai pilihan termasuk Quartz Black (hitam) ditawarkan eksklusif hanya untuk Flagship X.
Astro Awani
Tue Nov 28 2023
![Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700470253_Zafrul.jpg)
Tengku Zafrul mencabar syarikat automobil negara, PROTON untuk membina dan menguasai teknologi EV di rantau Asia Tenggara. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Geely berjaya hasilkan bateri EV tahan sehingga 50 tahun, 1 juta km Geely berjaya hasilkan bateri EV tahan sehingga 50 tahun, 1 juta km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719892144_bateri.jpg)
Geely berjaya hasilkan bateri EV tahan sehingga 50 tahun, 1 juta km
Geely mengumumkan kejayaan membina bateri EV yang boleh digunakan sehingga 50 tahun atau bersamaan dengan 3,500 kitaran pengecasan dan perjalanan hampir satu juta kilometer.
![Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806865_kenderaanelektrik.jpg)
Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.
![CADB, NMSB tandatangani MoU, teroka kerjasama teknikal CKD strategik EV CADB, NMSB tandatangani MoU, teroka kerjasama teknikal CKD strategik EV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719312771_DongfengBox.jpg)
CADB, NMSB tandatangani MoU, teroka kerjasama teknikal CKD strategik EV
Malaysia berpeluang menjadi pusat serantau untuk pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box buatan Dongfeng Motor (DFM).
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam perkara penting pengumuman kadar fi lesen kenderaan elektrik Enam perkara penting pengumuman kadar fi lesen kenderaan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717547841_AnthonyLokeSiew.jpg)
Enam perkara penting pengumuman kadar fi lesen kenderaan elektrik
Kadar fi LKM bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik.
![Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah - Anthony Loke Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717481766_AnthonyLoke.jpg)
Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah - Anthony Loke
Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
![Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024 Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716284808_ZainalAbidin.jpg)
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
![Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715834204_JoeBiden.jpg)
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
![2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025 2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713994884_ZafrulTengkuAbdul.jpg)
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
![ASEAN terus catat pertumbuhan EV, pasaran global perlahan ASEAN terus catat pertumbuhan EV, pasaran global perlahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712935052_TBcaskete.jpg)
ASEAN terus catat pertumbuhan EV, pasaran global perlahan
ASEAN menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta FE dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.