KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan pada Selasa mengumumkan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik.

Menurut Anthony Loke, kadar baharu itu akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

Katanya, kadar itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada, sambil menambah, kadar fi itu juga akan disemak semula setiap lima tahun sekali.

Ia adalah bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.

Berikut merupakan perkara penting yang anda perlu tahu berkaitan pengumuman terbaru ini: