SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Presiden Joe Biden mengumumkan tarif import sehingga 100% akan dikenakan ke atas kereta elektrik (EV) buatan China. Sementara itu tarif 50% pula dikenakan ke atas semikonduktor dan panel solar China.
Akhir sekali tarif 25% dikenakan pada besi dan aluminium China. Langkah diambil bagi menghalang China daripada mendominasi pasaran kesemua produk di atas dengan penawaran harga yang lebih rendah berbanding negara lain.
Ini akan memastikan Amerika Syarikat akan terus menjadi peneraju dunia dalam kesemua pasaran ini.
Hanya beberapa tahun yang lalu Biden mengutuk tindakan Presiden Trump yang meningkatkan tarif ke atas produk China atas sebab yang sama. Pada waktu tersebut beliau berkata tindakan ini hanya akan membebankan warga Amerika Syarikat yang kini perlu membayar lebih untuk produk yang sama.
Ia adalah sebuah lagi langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat dalam perang perdagangan dengan China yang sudah berlarutan hampir lima tahun.
China mengenakan tarif yang tinggi juga untuk produk import dari negara luar. Maka pengumuman Amerika semalam adalah dilihat sebagai tindakan balas.
Sekutu Amerika Syarikat kini dijangka turut akan mengambil langkah memperkenalkan tarif import lebih tinggi ke atas produk China dalam masa terdekat.
Di Eropah misalnya, EV China sudah mula mendominasi sehingga mengancam industri automotif tempatan.
Elon Musk sendiri pernah berkata, tanpa halangan seperti tarif syarikat automotif lain akan dimusnahkan oleh EV buatan China.
Tahun lalu BYD adalah pengeluar EV terbesar dunia memintas posisi yang dipegang oleh Tesla untuk tempoh yang lama. - Amanz
Amanz
Thu May 16 2024
Presiden Joe Biden mengumumkan tarif import sehingga 100% akan dikenakan ke atas kereta elektrik (EV) buatan China. - Gambar/ AP
Peruntukan RM124.7 juta legakan resah usahawan Kota Belud
Usahawan di 'daerah koboi' Kota Belud bersyukur dengan peruntukan berjumlah RM124.7 juta oleh kerajaan Sabah bagi membangun usahawan, koperasi dan perindustrian di Sabah bagi tahun 2025.
SKAS: Spay Global bantu warga emas berjinak-jinak guna e-dompet
Bagi warga emas yang layak mendapat SKAS, mereka akui agak kekok dan masih berjinak-jinak menggunakan kaedah e-dompet namun merasakan ia sesuatu yang perlu dipelajari lebih-lebih lagi apabila ia menjadi satu kelaziman masa kini.
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut
S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Sarawak cuba kurangkan tempoh kelulusan permit pekerja asing
Kerajaan Sarawak kini dalam proses membangunkan sistem yang akan menghubungkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak bagi mempercepatkan proses kelulusan permit pekerja asing.
Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.
Tiada perbincangan kerjasama GRS-Warisan
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai menjelaskan cadangan untuk menjemput warisan menyertai gabungan itu datang daripada pemimpin individu tertentu dan tidak menggambarkan pendirian rasmi GRS.
Objek disyaki bom tinggalan Perang Dunia kedua ditemui di perairan Pulau Sibuan
Satu objek menyerupai bom disyaki tinggalan Perang Dunia kedua ditemui di perairan Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran pada Selasa.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kementerian Luar Brazil pada Isnin dalam satu kenyataan menjelaskan penyertaan Indonesia secara rasmi dalam BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya. #AWANInews
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat dan mampan.
Kematian pertama akibat selesema burung dilaporkan di AS
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden
Naib Presiden Kamala Harris mempengerusikan sesi itu dalam peranan perlembagaannya sebagai presiden Senat.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.
Nahas Jeju Air: Perakam data penerbangan pesawat dihantar ke AS untuk analisis
Pihak berkuasa telah selesai mengekstrak data daripada perakam suara kokpit, yang kini sedang ditukar kepada fail suara.
MSI Claw 8 AI+ disenaraikan di SIRIM, bakal tiba di pasaran tempatan
Setakat ini, belum diketahui bilakah MSI Malaysia akan mula menjual konsol ini di pasaran tempatan.
Pengebumian negara untuk Jimmy Carter pada 9 Jan, jabatan kerajaan ditutup
Hari Berkabung Negara diumumkan bagi menghormati Carter, yang digambarkannya sebagai seorang "lelaki berprinsip, jujur dan rendah hati."
Bendera AS kibar separuh tiang di White House, hormati kematian Jimmy Carter
Bendera Amerika Syarikat (AS) dikibar separuh tiang di White House Ahad berikutan pengumuman kematian bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.