KUALA LUMPUR:Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.
NCMW, yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiatives (RID 3300) didorong oleh keperluan semakin meningkat dan mendesak untuk membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental, khususnya ketika pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan media oleh RID3300, Tengku Puteri Iman Afzan adalah Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 dan pelantikan pada September lalu adalah cadangan Persekutuan Kesihatan Mental Dunia dan diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain aktif mempromosikan kesihatan mental, sebagai Penaung Diraja, kebijaksanaan dan bimbingan Tengku Puteri Iman Afzan dilihat mampu membawa NCMW memainkan peranan sangat bermakna dan penting dalam menggalakkan kesejahteraan mental di Malaysia.
District Action Group on Mental Health Initiatives (DAG-MHI) RID 3300, diilihamkan oleh Gabenor Daerah Datuk Bindi Rajasegaran dan dibentuk pada Ogos 2020 dan akan dilancarkan pada Julai 2021, menurut kenyataan itu.
Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap bantuan yang diberikan kepada mereka yang menderita dengan masalah kemurungan di samping membantu mengurangkan kadar bunuh diri melalui sokongan emosi dan mental, terutama mereka dalam kalangan usia 15 hingga 29 tahun yang banyak terdedah kepada isu berkaitan kesihatan mental.
Ahli NCMW terdiri daripada anggota profesional dan pihak berkepentingan dari 24 organisasi awam dan swasta termasuk profesional penjagaan kesihatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020

Tengku Puteri Iman Afzan dilihat mampu membawa NCMW memainkan peranan sangat bermakna dan penting dalam menggalakkan kesejahteraan mental di Malaysia. - Foto: Instagram @imanabdullah

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tengku Puteri Iman Afzan penaung NCMW Malaysia
Keperluan semakin meningkat untuk bantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental, khususnya ketika pandemik COVID-19.