Tempoh reman tiga anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, minggu lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi mulai hari ini.
Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid mengeluarkan perintah sambung reman terbabit terhadap ketiga-tiga lelaki yang berumur 29, 37 dan 44 tahun itu di Mahkamah Majistret Seri Manjung setelah tempoh reman sebelum ini selama tujuh hari berakhir hari ini.
Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
BACA: Anggota TLDM mati dalam bilik tahanan
BACA: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua" - Luahan terakhir anggota TLDM
Kedua-dua anggota TLDM yang memakai baju lokap tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki trak polis sebelum keluar semula satu jam kemudian.
Minggu lepas, dua anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kelas 1 meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma tumpul.
Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia ketika berada dalam bilik tahanan tersebut pada pukul 3.15 petang.
Selain dua anggota TLDM yang maut, dua lagi mangsa berpangkat Laskar Kelas 1 berumur 30 tahun turut membuat laporan polis Ahad lalu (1 Okt) mendakwa dicederakan di pusat tahanan sama dan mereka kini dirawat di bilik khas di Wad Pembedahan Lelaki, 96 Hospital Angkatan Tentera di Lumut.
Susulan itu, dua lagi suspek berumur 29 dan 37 telah disambung reman selama tiga hari lagi mulai hari ini di Mahkamah yang sama selepas tempoh reman selama empat hari sebelum ini, tamat semalam.
Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata sehingga kini polis sudah menahan tujuh orang kesemuanya yang bertugas sebagai Pengawal Bilik Tahanan, dengan lima daripada mereka yang berusia 29 hingga 37 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Manakala empat termasuk dua yang disiasat mengikut Seksyen 302, turut disiasat mengikut Seksyen 325/506 kanun sama.
Sementara itu, tempoh reman dua lagi suspek kes bunuh tersebut akan tamat esok dan polis dijangka akan turut memohon lanjutan reman terhadap kedua-dua suspek.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Oct 07 2017
Kedua-dua anggota TLDM yang memakai baju lokap tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki trak polis sebelum keluar semula satu jam kemudian. - Foto Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.
Bunuh anak tiri berusia 6 tahun kerana cemburu
Pembunuhan itu dilakukan oleh ibu tiri mangsa kerana perasaan cemburu dan iri hati terhadap mangsa.
Israel bunuh 50 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu
Serangan kejam itu berlaku selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menamatkan lawatan terbarunya ke rantau itu.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga 26 Ogos.
Doktor India lanjut mogok hingga tuntutan dipenuhi
Antara lain, mereka menggesa persekitaran kerja lebih selamat susulan kematian seorang doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh.
Protes merebak di India selepas kes rogol, bunuh doktor
Doktor di seluruh India telah mengadakan bantahan, perarakan cahaya lilin dan enggan merawat pesakit bukan kecemasan pada minggu lalu.
Tikam ibu saudara: Lelaki direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.