Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan mulai 1 Jan depan.
Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata tindakan itu bertujuan untuk mendidik perokok supaya tidak merokok di kawasan larangan dalam memastikan orang awam bebas pencemaran asap rokok.
Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya akan mengeluarkan saman terhadap perokok yang masih berdegil merokok di premis makanan selepas tempoh berkenaan.
"Sepanjang tempoh (enam bulan) itu, kami akan bagi amaran lisan kepada perokok jika mereka merokok di restoran atau premis makanan berkonsep terbuka atau restoran tanpa penyaman udara.
"Jika perokok enggan mematuhi amaran itu (selepas tempoh itu) dan masih meneruskan merokok, mereka akan disaman dengan segera," katanya kepada kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Klinik Kesihatan Malim Nawar di sini, hari ini.
Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng turut meminta pemilik premis makanan supaya memaparkan amaran larangan merokok dan tidak meletakkan bekas abu rokok di atas meja.
"Langkah ini bagi mengelakkan pelanggan merokok di premis makanan," katanya.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di seluruh negara termasuk warung di tepi jalan, serta tindakan turut diambil terhadap perokok berkuat kuasa 1 Jan tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.
Langkah itu merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 dan ia merupakan antara inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018
![Tempoh enam bulan sebelum perokok degil dikenakan saman Tempoh enam bulan sebelum perokok degil dikenakan saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81508827212_SmokingGeneric.jpg)
Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan. -Foto Pixabay.com
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739959779_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.
![Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713498344_RadziAbuHassan.jpg)
Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.
![Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan' Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.
![Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741845_LukanismanAwangSau.jpg)
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
![Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738055574_TBzahidhamidi.jpg)
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
![Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720071429_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
![Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737611806_KEMENTERIANKESIHATA.jpg)
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.