Seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Persiaran Tropicana, Kota Damansara, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.50 petang.
Beliau berkata, ketika itu mangsa baru sahaja selesai membeli rokok di kedai serbaneka itu sebelum secara tiba-tiba ditembak oleh seorang suspek.
"Mangsa yang berumur 35 tahun itu, cedera di bahagian perut dan polis percaya suspek telah melepaskan sebanyak tiga das tembakan ke atas mangsa.
"Suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
"Ketika ditembak, mangsa hanya seorang diri sebelum seorang rakan mangsa datang untuk membawanya ke hospital.
"Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut," katanya.
Mohd Zani berkata polis percaya lebih daripada seorang suspek terlibat dalam kes berkenaan dan punca kejadian masih disiasat.
Katanya siasatan awal mendapati suspek berpakaian warna hitam dan putih serta berkulit cerah.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kes berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 15 2018

Pasukan Polis dari Unit Forensik memeriksa tempat berlaku kejadian tembak yang mencederakan seorang lelaki di Casa Tropicana, Persiaran Tropicana hari ini. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengarah syarikat badan berkanun disiasat atas tuduhan gangguan seksual
Individu tersebut didakwa melakukankan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara di sini.

Peniaga cedera di dada dan lengan selepas ditembak - Polis
Seorang lelaki warga tempatan cedera di dada dan lengan selepas ditembak dalam kejadian di Kota Damansara, Petaling Jaya di sini, semalam.

Lufya buat laporan polis, nafi dipukul bekas suami
Lufya nafi cuba buat drama atau mengada-adakan cerita dipukul lelaki tidak dikenali seperti didakwa netizen.

Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Polis nafi mohon sumbangan bantu penyediaan makanan harian PKPD Kota Damansara
Polis menafikan pasukan itu memohon sumbangan orang ramai bagi penyediaan makanan harian di kawasan PKPD Kota Damansara.

Noorkhiriah menggigil anak hilang beberapa jam
'Kehilangan'anak sulung selama beberapa jam membuatkan Noorkhiriah menggigil ketakutan.

Lagi ADUN di Selangor disahkan positif COVID-19
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor merupakan ADUN kedua dari Selangor yang disahkan positif COVID-19 pada Isnin.

Wanita mengandung ditemui mati dalam kereta
Seorang wanita mengandung ditemui mati di dalam sebuah kereta yang parkir di Apartment Gugusan Semarak, Kota Damansara pada malam Isnin.

Perintah Kawalan Pergerakan: Tiga jalan di Kota Damansara ditutup
Penutupan jalan terbabit dibuat bagi mengawal aliran trafik di lokasi berkenaan kerana polis mendapati masyarakat masih bebas keluar dari kediaman mereka.

Polis tahan lelaki terlibat kes buli jalan raya
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam satu kejadian buli jalan raya di Jalan Teknologi Seksyen 6 Kota Damansara, Selangor, pada Jumaat.