PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mengkaji dan menguji keberkesanan peranti keselamatan elektronik berteknologi baharu dinamakan e-seal, yang akan dipasang pada kontena yang membawa barang dagangan dalam usaha membanteras penyeludupan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata teknologi e-seal bagi menggantikan penggunaan 'lead seal' yang telah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya sebelum ini, dapat memantau pergerakan kontena dari pelabuhan hingga sampai ke destinasi yang didaftarkan dalam aplikasi.
Beliau berkata ia penting bagi memantau pergerakan logistik kontena serta lori yang membawa barang, sekali gus dapat membanteras aktiviti penyeludupan serta meningkatkan pungutan hasil negara.
"Penggunaannya secara tidak langsung dapat meningkatkan keselamatan kargo, dan kebolehkesanan pergerakan kontena.
"Barang dagangan dapat tiba ke destinasi dengan tepat pada masanya dan maklumat pergerakan dapat dipantau," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat JKDM di sini hari ini.
Beliau memberi contoh barangan yang akan dibawa dari Pelabuhan Klang di Selangor ke Bukit Kayu Hitam di Kedah, barangan itu mungkin akan ditukar dengan barang lain semasa dalam perjalanan bagi tujuan menyeleweng.
"Tiada cara untuk kita tahu bahawa barang itu berhenti di satu tempat selama dua jam dan kandungan dalam kontena ditukar kepada barangan yang berbeza daripada apa yang telah diikrar.. (tetapi) dengan e-seal, barang itu berhenti dua jam pun kita tahu di mana ia berhenti, dan pegawai kastam akan segera ke tempat itu, melihat kenapa berhenti dua jam (dalam perjalanan)," katanya.
Ahmad berkata teknologi e-seal itu dibangunkan oleh syarikat tempatan dan telah digunakan secara meluas di negara Afrika Timur seperti Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi dan Kongo dan kutipan cukai di negara berkenaan dilaporkan meningkat sebanyak 20 peratus melalui pelaksanaan e-seal itu.
Beliau berkata setakat ini pihak Kastam masih belum memutuskan bila teknologi baharu itu akan mula dilaksanakan dalam negara.
"Tentunya kita ingin menyemak dahulu, kita bukan terus dapat teknologi dan terus menggunakannya, tentulah ada proses tertentu," katanya.
Sementara itu Ahmad berkata JKDM berjaya merampas 2,410.22 kilogram (kg) dadah bernilai RM81.39 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, dengan rampasan terbesar melibatkan 1,307.01kg kanabis, ectasy (1,071.14 kg), methamphetamine (21.56 kg), heroin (3.74 kg) dan 10,003 biji eramin 5.
Beliau berkata JKDM juga berjaya menumpaskan cubaan menyeludup barang bersubsidi seperti diesel, minyak masak, petrol dan gula melibatkan 100 kes dengan nilai rampasan RM573,688 pada tahun lepas, dan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini pula, 48 kes cubaan menyeludup barang bersubsidi berjaya dipatahkan, melibatkan nilai rampasan barang bernilai RM432,659.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Ahmad berkata setakat ini pihak Kastam masih belum memutuskan bila teknologi baharu itu akan mula dilaksanakan dalam negara. -Gambar fail/Bernama
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Kamera badan jadi 'fear factor,' tingkat integriti dan penguatkuasaan anggota, pegawai JKDM
Sejak mula digunakan pada Oktober 2023, berdasarkan rekod, aduan melibatkan salah laku anggota dan pegawai JKDM di lapangan menurun.
Kastam Kelantan rampas tembakau kering bernilai lebih RM50,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada minggu lepas.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.
LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar
Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah yang terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.
Penyeludup lepaskan tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan
Seorang penyeludup lelaki telah melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan, ketika operasi penguatkuasaan membanteras penyeludupan petrol dan diesel di Tumpat, pada Rabu.
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.