KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah yang terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 420,000 hektar ladang getah terbiar di seluruh negara dengan potensi pengeluaran lebih 550,000 tan metrik.
"Kita telah mengenal pasti semua ladang getah terbiar ini tetapi terdapat dua masalah iaitu pekebun kecil tidak mahu menyerahkan kebun mereka dan ladang getah tersebut telah dipenuhi dengan lalang dan belukar.
"Jika kita dapat mengeluarkan 800,000 hingga sejuta tan metrik hasil getah, kita dapat mengurangkan (kebergantungan kepada) getah import dan secara tidak langsung aliran wang ke luar negara dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Teknologi LGM 2024 di sini hari ini.
Bertemakan '99 Tahun Penyelidikan Getah', acara itu dianjurkan untuk memperkenal dan mempromosikan teknologi dan inovasi terkini dalam industri getah.
Johari berkata sekiranya program tersebut berjaya dilaksanakan, negara dapat mengurangkan kebergantungan kepada getah import sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
"Kita import getah (bernilai) kira-kira RM6 bilion pada tahun lepas. Mungkin (jika program konsolidasi berjaya), kita dapat mengurangkan kepada 50 peratus dan berkurangan lagi," katanya.
Ketua Pengarah LGM Datuk Dr Zairossani Mohd Nor berkata program itu dihadiri oleh semua pemegang taruh dalam industri getah seperti pekebun kecil, pelesen dan wakil pemain industri getah.
Katanya antara program yang diadakan ialah Seminar Pekebun Kecil Getah, Bengkel Getah dan Persidangan Getah Ekonomi Kebangsaan 2024 untuk membincangkan isu-isu semasa dalam industri getah.
Terdahulu, Johari melancarkan logo 100 tahun Penyelidikan Getah dengan memperkenal satu inovasi terbaharu daripada LGM iaitu RRIMe-Formulary yang menawarkan formulasi produk getah kering yang pelbagai seperti barangan getah industri, barangan getah am dan produk tayar.
Beliau turut menyaksikan sesi pertukaran dokumen perjanjian pengkomersialan antara LGM dan Bina Integrated Industries Sdn Bhd bagi teknologi cat berasaskan getah yang dinamakan BINA RUBBERSHIELD(TM) untuk memberikan perlindungan tambahan kepada dinding dalaman dan luaran.
Selain itu, buku berjudul 'Glossary of Classification Rubber and Rubber Products' turut dilancarkan yang merupakan hasil kerjasama LGM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Buku itu menjadi rujukan dan panduan yang komprehensif bagi LGM dan JKDM mengenai istilah dan klasifikasi getah dan barangan getah serta menjadi rujukan oleh pemain industri, pemegang taruh dan pihak berkuasa yang terlibat dalam sektor getah di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Johari berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 420,000 hektar ladang getah terbiar di seluruh negara dengan potensi pengeluaran lebih 550,000 tan metrik. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.