KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata kesemua rokok berkenaan dirampas susulan penahanan sebuah lori 11 tan di laluan Jeli-Gerik.
Beliau berkata rokok yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran utara Semenanjung terutamanya kepada pekerja warga asing.
"Dalam operasi itu, kastam turut menahan seorang lelaki berusia 49 tahun namun telah dibebaskan dengan jaminan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, Wan Jamal berkata pihaknya telah menyiapkan kertas cadangan kepada Ibu Pejabat JKDM di Putrajaya bagi mewujudkan sebuah Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Kastam di Gua Musang.
Beliau berkata pihaknya yakin dengan adanya pajabat cawangan itu pengoperasian akan lebih lancar dan berkesan termasuk tindakan lebih pantas dapat diambil setiap kali menerima maklumat.
"Buat masa sekarang pejabat penguatkuasaan kastam hanya ada di Kota Bharu dan jaraknya amat jauh dengan Gua Musang.
"Kami berkemungkinan akan menempatkan seramai 14 anggota di Gua Musang dan akan beroperasi secara bergilir-gilir setiap minggu," katanya.
Wan Jamal turut meminta orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan dan menasihati mereka agar tidak membabitkan diri dengan aktiviti haram.
"Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi ketirisan hasil malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
"Oleh itu, kastam menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Wan Jamal (dua, kanan) menunjukkan sebahagian 3,231,960 batang rokok seludup bernilai RM2.1 juta termasuk cukai yang berjaya dirampas dalam Operasi Darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lalu. - Foto Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.

Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.