KUALA LUMPUR: Pemberian bantuan kewangan haji yang dijangka terus meningkat seiring dengan kos haji bukan satu kewajipan bagi Lembaga Tabung Haji (TH) kerana ia tidak diperuntukkan dalam Akta Tabung Haji.
Justeru menurut pakar ekonomi, mungkin sudah tiba masanya konsep wakaf yang banyak membantu pembangunan ekonomi umat Islam sebelum ini, diperluaskan untuk turut menangani isu kenaikan kos haji, sekali gus membantu golongan berpendapatan rendah merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam kelima itu.
TH memulakan pemberian bantuan haji kepada jemaah haji Malaysia pada 2001 yang menyaksikan mereka hanya perlu membayar sebahagian daripada kos sebenar mengerjakan ibadah itu. Pada musim haji 2022, jemaah daripada golongan B40 hanya membayar RM10,980 seorang.
TH pada awalnya menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada musim yang baru berakhir ialah sekitar RM25,000 susulan kenaikan cukai dan pengenalan caj perkhidmatan baharu oleh kerajaan Arab Saudi. Namun, angka itu disemak semula dan menurut TH, kos meningkat kepada lebih RM28,000 seorang.
Untuk musim haji 2023, kos menunaikan ibadah itu dijangka melonjak kepada RM31,000 seorang, bermakna bantuan haji TH juga akan bertambah.
Peningkatan kos ini yang berlaku disebabkan faktor luar kawal akan memberi tekanan kepada TH kerana pendepositnya juga memerlukan agihan keuntungan yang baik, kata Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff daripada Putra Business School.
TIADA DALAM AKTA
Menurut Ahmed Razman, mungkin ramai yang tidak menyedari pengurus dana haji itu tidak disyaratkan membantu pendeposit yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan ibadah tersebut dengan pemberian bantuan kewangan haji.
"Berdasarkan Akta Tabung Haji 1995, sedikit pun tidak menyebut institusi itu perlu membantu mereka yang tidak cukup simpanan untuk menunaikan ibadat berkenaan dan umat Islam harus faham dan jelas mengenainya.
"Bagaimanapun, atas dasar untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan haji, TH telah membantu pendeposit yang tidak cukup wang simpanan menerusi konsep subsidi, namun ia bukanlah hak setiap pendeposit untuk TH berikan (subsidi)," katanya katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.
Menurut beliau, perkara yang dibimbangi ialah apabila pendeposit menganggap subsidi itu merupakan satu kemestian bagi TH, sedangkan ia sepatutnya boleh dipulangkan kepada semua pendeposit dalam bentuk hibah.
Tegasnya, jika TH berterusan memberikan bantuan kewangan, ini akan menyebabkan 9.1 juta pendeposit institusi itu tidak menerima pulangan hibah yang sewajarnya kerana kos menunaikan haji meningkat saban tahun.
Pada masa sama, TH juga perlu memastikan keuntungan yang dijana daripada pelaburan setiap tahun dapat menampung kos operasi termasuk pemberian hibah.
Menurut Ahmed Razman, keuntungan tinggi diperlukan untuk pemberian hibah atau dividen pada kadar memuaskan kepada pendeposit TH.
Misalnya, pada 2020, TH memerlukan RM2.24 bilion bagi mengagihkan hibah pada kadar 3.1 peratus kepada semua pendepositnya.
Pada masa sama, institusi itu memerlukan antara RM300 juta dan RM400 juta sebagai subsidi untuk kira-kira 30,000 jemaah haji negara saban tahun, katanya.
"Kerana itu, mereka yang ingin mengerjakan haji perlu tahu kos menunaikannya akan sentiasa meningkat. Jadi, biarlah TH memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan seperti Orang Kurang Upaya dan golongan sasaran," katanya.
Subsidi bersasar yang dilaksanakan kerajaan pada musim haji baru-baru ini dilihat langkah terbaik dalam menangani peningkatan kos haji khususnya dalam membantu golongan kurang berkemampuan terus berpeluang menunaikan Rukun Islam kelima itu.
TABUNG WAKAF HAJI
Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Prof Dr Barjoyai Bardai pula berpendapat wakaf haji merupakan alternatif terbaik yang boleh dilaksanakan TH dalam menangani tekanan subsidi yang ditanggung institusi itu.
"Sekiranya langkah ini berjaya, kita akan dapat melihat kesannya dalam masa 10 tahun lagi, yang mana TH dan kerajaan tidak perlu memberikan bantuan subsidi kepada jemaah haji kerana ia akan ditampung oleh tabung wakaf haji.
"Ia akan menjadi pendekatan lestari yang boleh membantu bakal jemaah haji daripada setiap peringkat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dan ganjarannya berkekalan selagi ada jemaah yang menunaikan haji melalui tabung wakaf berkenaan," katanya kepada Bernama.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata tabung wakaf itu boleh mengumpulkan RM455 juta setahun jika setiap pendeposit TH menyumbang RM50 seorang.
Kerajaan atau TH juga boleh membantu menambah simpanan tabung wakaf dengan peruntukan khusus.
Selepas 10 tahun, jumlah RM455 juta itu akan menjadi RM4.5 bilion, dan jika kerajaan serta TH menyalurkan sumbangan sebanyak RM350 juta setahun, bermakna ada tambahan RM3.5 bilion lagi untuk tempoh sama.
"Apabila dicampurkan kedua-duanya, baki tabung akan mempunyai RM8 bilion dan ini belum termasuk dividen. Dividen itu akan meningkatkan jumlah pendapatan tahunan, sekali gus membolehkan TH menghantar seramai 30,000 jemaah dengan bayaran kurang daripada RM13,000 seorang," katanya.
Ujarnya, pendeposit hanya perlu menyumbang RM50 setahun selama 10 tahun dan jumlah terkumpul akan menjadi modal kekal yang dapat membantu bakal jemaah pada masa akan datang.
"Bagi jemaah yang tidak mampu menyimpan RM10,000 pun akan masih berpeluang mendapat bantuan daripada tabung ini dalam jangka masa panjang," katanya, menambah bagaimanapun cadangan itu memerlukan persetujuan pendeposit.
Berkongsi pendapat sama, pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Mohd Ali Muhamad Don berkata TH boleh mengikut langkah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang melaksanakan Wakaf Amanah Saham Nasional Berhad yang berkonsepkan wakaf muabbad atau wakaf berkekalan.
Menurutnya, PNB menyalurkan pulangan daripada modal wakaf itu kepada pelbagai projek wakaf melibatkan pelbagai sektor, antaranya kesihatan, pendidikan, pemerkasaan komuniti serta misi kemanusiaan.
"Jika aspek pelaburan modal wakaf dapat diuruskan dengan sistematik dan meraih keuntungan yang diharapkan, ia mampu digunakan untuk mengurangkan subsidi yang terpaksa ditanggung TH, sekali gus mengurangkan kos menunaikan haji yang dilihat meningkat saban tahun," katanya.
Untuk musim haji 1445 Hijrah/2022, TH dianggar membelanjakan hampir RM200 juta dengan perkiraan kos menunaikan ibadah haji bagi jemaah muassasah ialah RM25,540 seorang. Namun, kos sebenar meningkat kepada RM28,632.
Daripada jumlah itu, seorang jemaah muassasah B40 hanya membayar RM10,980 manakala bagi yang bukan daripada B40 pula sebanyak RM12,980.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
![Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636086717_TabungHaji.jpg)
Untuk musim haji 1445 Hijrah/2022, TH dianggar membelanjakan hampir RM200 juta. - Foto fail/Astro AWANI
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733962536_waqfetfkenangani.jpg)
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
![Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727790089_FadillahYusof.jpg)
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
![JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707520144_TBwaqaftipu.jpg)
JAIPk tahan lelaki guna kutipan wakaf al-Quran bayar bil, sewa rumah, raih RM1,000 sebulan
Lelaki berusia awal 40an itu mengaku boleh meraih pulangan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
![Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696120681_BarjoyaiBardai.jpg)
Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.
![Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701145793_zahidhamidi.jpg)
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
![Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674423802_Mayat.jpg)
Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam, Kuala Terengganu.
![Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636086717_TabungHaji.jpg)
Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya
Ia sekali gus dapat membantu golongan berpendapatan rendah merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam kelima itu.
![Negara perlukan perubahan nilai dan sistem Negara perlukan perubahan nilai dan sistem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/71553680810_Rasuah.jpg)
Negara perlukan perubahan nilai dan sistem
Rakyat, terutama dari kalangan yang tidak mempunyai pekerjaan atau sedang menghadapi masalah kos sara hidup yang serius, perlu sedar bahawa pertukaran PM tidak bermakna kehidupan mereka akan berubah.
![Khidmat van jenazah percuma 'Abang Pilot' diteruskan sepanjang PKPB Khidmat van jenazah percuma 'Abang Pilot' diteruskan sepanjang PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590638595_vanjenazahwakaf.jpg)
Khidmat van jenazah percuma 'Abang Pilot' diteruskan sepanjang PKPB
Mereka tetap menjadikan aktiviti sukarela dan perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah secara percuma sebagai kerja amal mereka termasuk mengkebumikan jenazah.
![Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81588975598_TadabburalQuran.jpg)
Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran
World #QuranHour diharap dapat melahirkan kesan kepada orang untuk sedar betapa indahnya Quran dan Quran adalah panduan untuk hidup dan panduan untuk mati.