SUBANG JAYA: Taylor’s University komited menawarkan fleksibiliti kepada pelajar lepasan siswazah dengan memperkenalkan kaedah pembelajaran nano menggabungkan kandungan bersaiz kecil (bite-sized) dan interaktif menerusi ‘Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes’.
Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair berkata, program berkenaan dilancarkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja hari ini yang memerlukan individu memiliki kemahiran selaras perkembangan teknologi, selain turut membolehkan mereka yang bekerja melanjutkan pelajaran.
Kata Profesor Dr Pradeep, program itu juga menyaksikan kemampuan universiti untuk menawarkan kepada pasaran kursus buat pelajar meningkatkan kemahiran dan melatih semula diri mereka seiring permintaan Revolusi Industri (IR4.0).
“Apabila kami merangka program ini, Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes, kami memperuntukkan sejumlah masa untuk mengkaji tingkah laku pembelajaran generasi pekerja di tempat kerja dan mendapati mereka (pekerja) mahukan fleksibiliti, pengalaman yang menarik dan penyesuaian diri.
“Jadi, kami reka program ini dengan kaedah pembelajaran nano yang kebiasaannya pengajaran atau pembelajaran diajar menerusi format PDF, PowerPoint atau video, kini dipecahkan menjadi kandungan bersaiz kecil yang hanya memperuntukkan sekitar dua hingga tiga minit tugasan itu dilakukan.
“Pembelajaran bersaiz kecil ini juga memberikan fleksibiliti kepada mereka (pelajar) untuk belajar pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes di Taylor’s University, baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut fokus kepada rekaan pembelajaran yang menarik dan interaktif selari peredaran zaman.
“Dengan pelaburan sebanyak RM5 juta, Taylor’s Digital iaitu sekumpulan pakar yang terdiri daripada pereka bentuk pembelajaran, pengaturcara dan pasukan audio-visual tersendiri ditubuhkan untuk menerajui program dalam talian sepenuhnya.
“Kumpulan pakar tersebut telah melihat kepada kaedah pembelajaran moden abad ini seperti generasi TikTok atau Instagram untuk memahami bagaimana seseorang individu menerima maklumat serta pengetahuan.
“Menerusinya, kami memperkenalkan pembelajaran nano yang direka untuk pelajar hari ini yang tidak dapat menyerap atau meluangkan masa yang lama.
“Jadi, ia sangat interaktif yang serba lengkap dengan sesi meja bulat, forum, dan sistem khas bagi memudahkan mereka (pelajar) berinteraksi dengan pensyarah dan juga rakan kursus yang lain serta bertemu dan menjalinkan hubungan dengan para peneraju industri, sekali gus membolehkan wujudnya komuniti antara mereka,” katanya.
Setakat ini, program yang ditawarkan melibatkan lima bidang pengajian, iaitu Sijil Pascasiswazah Pendidikan; Sarjana Komputer Gunaan; Sarjana Pengajaran dan Pembelajaran; Sarjana Pengurusan Hospitaliti Global dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Pelajar boleh menyertai mana-mana bidang pengajian yang ditawarkan itu pada bulan Januari, Mac, Jun, Ogos atau Oktober.
Taylor’s University merupakan sebuah universiti swasta yang terulung di Asia Tenggara dan merupakan salah satu daripada sebilangan institusi yang mempunyai jaringan yang utuh dengan pelbagai industri di rantau ini.
Peneraju industri pendidikan yang ternama ini juga telah dianugerahkan penarafan QS 5 Stars bagi Pembelajaran Dalam Talian, memastikan para pelajar dapat menggarap kejayaan selepas mereka menjalani program pendidikan bersama Taylor’s University.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes, layari laman web rasmi di sini.
Astro Awani
Tue Feb 14 2023
Pro Naib Canselor Taylor's Digital, Pierre-Louis Genier (kiri) dan Prof Dr Pradeep pada majlis pelancaran Taylor's 100% Online Postgraduate Programmes di Taylor's University, baru-baru ini. - Foto Taylor's University
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Taylor's University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.