Kerajaan menawarkan tempat kepada hanya 418 pelajar yang benar-benar layak untuk mengikuti jurusan perubatan (Ijazah Pertama) ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata tawaran tempat yang terhad itu adalah bagi mengawal jumlah siswazah perubatan baharu dan mengelakkan berlakunya kebanjiran doktor baharu di pasaran kerja.
"Sebanyak 1,163 pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 telah memohon untuk jurusan perubatan tetapi hanya 418 tempat sahaja ditawarkan dan pengambilan pelajar juga bergantung pada sesi temuduga.
"Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata baki pelajar yang tidak dapat tempat dalam bidang perubatan telah ditawarkan kursus lain yang masih relevan dan berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan mengenai pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi tetapi gagal mendapat tawaran jurusan perubatan di IPTA.
Kamalanathan bagaimanapun menyeru semua pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA supaya membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui laman sesawang rasmi kemasukan di upu.moe.gov.my sebelum 23 Ogos ini.
Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu.
"Sejumlah 37,467 telah mendapat tawaran di IPTA, mungkin ada pelajar yang tidak selesa dengan kursus mereka. Saya syorkan mereka terima kursus berkenaan dan daftar dulu. Kemudian tulis surat rayuan terus kepada universiti berkenaan," kata beliau.
Katanya, kementerian pendidikan juga memastikan semua pelajar yang mempunyai PNGK 4.00 mendapat tawaran di IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015.
Kamalanathan berkata dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan prinsip meritokrasi termasuk 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan negeri.
Beliau berkata terdapat banyak bidang lain termasuk bidang perundangan, kejuruteraan dan komunikasi yang masih boleh diceburi oleh pelajar serta kesemua bidang ini mampu memberi masa depan yang cerah.
Pelajar yang mendapat tempat di IPTA harus bersyukur kerana terdapat 29,821 calon yang layak tidak mendapat sebarang tawaran, katanya.
Seramai 37,467 daripada 74,071 iaitu 55.6 peratus calon telah berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA bagi sesi akademik 2014/2015.
Daripada jumlah itu, seramai 21,800 calon (58.2 peratus) adalah daripada aliran Sains manakala 15,667 (41.8 peratus) daripada Sastera.
Mengikut jantina pula, sebanyak 26,030 atau 69.6 peratus adalah pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki.
Bernama
Mon Aug 18 2014
![Tawaran terhad jurusan perubatan untuk kawal kebanjiran doktor - P. Kamalanathan Tawaran terhad jurusan perubatan untuk kawal kebanjiran doktor - P. Kamalanathan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81404817714_295x200.jpg)
KAMALANATHAN: Kita mengambil keputusan ini setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) - Foto Astro AWANI
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694944823_PersidanganMAAFIM.jpg)
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
![Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-02/71487064432_DoctorGeneric.jpg)
Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
![Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627286597_AnwarIbrahimdiPar.jpg)
Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.
![WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594192055_FBREAKWHOx.jpg)
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.
![Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592031252_TBwenliang.jpg)
Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
![Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81585114459_DatukDrNoorHisham.jpg)
Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19
![COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira! COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584793044_TBDCCOVIDx.jpg)
COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.
![MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81584982775_MyFundAction.jpg)
MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.
![WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582024314_DzulkeflyAhmad.jpg)
WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
![Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562750469_TBLELAKI.jpg)
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis