JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah mengeluarkan notis penutupan sementara pengoperasian Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat (TPSTL), dekat sini, susulan kebakaran yang berlaku pada Jumaat.
MBPG menerusi kenyataan kepada Bernama berkata, notis penutupan selama dua minggu bermula Jumaat itu, dikeluarkan kepada pihak SWCorp dan pengurusan Seelong Sanitary Landfill.
Menurut MBPG, keluasan keseluruhan kebakaran dianggarkan 3.24 hektar dengan kebakaran bahagian atas sel tapak pelupusan telah dapat dikawal.
"Namun masih terdapat kebakaran di bahagian belakang tebing akibat faktor angin dan operasi pemadaman dilakukan berterusan," menurut pihak berkuasa tempatan itu.
MBPG menjelaskan operasi pemadaman akan dijalankan hingga 12 tengah malam setiap hari sehingga selesai sepenuhnya dan disusuli dengan pemantauan.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang (BBP) Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sharol Suboh ketika dihubungi berkata operasi pemadaman diteruskan hari ini bersama pihak MBPG. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
MBPG menjelaskan operasi pemadaman akan dijalankan hingga 12 tengah malam setiap hari sehingga selesai sepenuhnya dan disusuli dengan pemantauan. - Gambar Bomba Johor
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat ditutup sementara
Majlis Bandaraya Pasir Gudang keluarkan notis penutupan sementara pengoperasian Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Langsat susulan kebakaran pada Jumaat.
MBPG pasang peranti kesan aktiviti pencemaran termasuk di Sungai Kim Kim
Peranti itu mempunyai CCTV dan alat pengesan parameter tertentu seperti pH, amonia dan nitrat serta mempunyai penggera yang akan memberi amaran sekiranya berlaku pencemaran.
PKRC Hospital Permai mula beroperasi hari ini
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi di sini, yang mampu menempatkan sehingga 585 pesakit, mula beroperasi hari ini.
PKRC pertama Johor di Stadium Tertutup MBPG beroperasi sepenuhya 10 Februari
PKRC berkenaan menempatkan 1,200 katil dengan melibatkan seramai 60 hingga 100 petugas pelbagai agensi.