Kemalangan berlaku pada Jumaat malam berhampiran Kampung Sardarewala di Daerah Fatehabad, kira-kira 201 kilometer ke barat Chandigarh, ibu negeri Haryana.
Menurut polis, kenderaan itu membawa 14 penumpang, namun seorang pemandu dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya menyelamatkan diri tetapi 12 penumpang lain dihanyutkan arus deras.
Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang hilang. Setakat ini, hanya satu mayat ditemukan dari terusan berkenaan.
-- BERNAMA