Tapak pelanggaran kereta api dengan gajah di Sungai Kerawai di sini perlu diwartakan sebagai tapak warisan negara kerana mempunyai kisah sejarah sekali gus berpotensi menjadikan destinasi kunjungan pelancong.
Setiausaha Persatuan Pelancongan Teluk Intan, Iskandar Zulqarnain Zaheruddin, berkata pihaknya telah memohon kepada Jabatan Warisan Negara untuk mewartakan tapak memorial itu yang dibina selepas insiden pelanggaran antara seekor gajah jantan dengan sebuah kereta api pada 17 Sept 1894.
"Kita berharap maklum balas yang positif daripada Jabatan Warisan Negara," katanya selepas program gotong royong membersihkan kawasan tapak itu sempena sambutan ulang tahun ke-125 Pelanggaran Gajah dan Keretapi Sungai Kerawai, di sini, pada Sabtu.
Program gotong-royong tersebut disertai kira-kira 60 orang terdiri daripada anggota persatuan, penduduk setempat serta Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Iskandar Zulqarnain berkata pihaknya turut memohon kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar meletakkan sebuah kepala gerabak kereta api dan membina landasan sepanjang 30 meter di tapak tersebut supaya pelancong dapat mengimbau kembali nostalgia peristiwa berkenaan.
"Kita sudah menerima maklum balas yang sangat positif (daripada KTMB) mengenai perkara itu dan kita menjangkakan ia dapat dibina pada tahun depan. Kita juga akan memperindahkan kawasan tapak perlanggaran ini dengan menyediakan taman bunga," katanya.
Selain itu, beliau berkata usaha untuk menempatkan tengkorak gajah terlibat yang kini ditempatkan di Muzium Perak, Taiping ke tapak memorial tidak diterima oleh pihak Ketua Pengarah Muzium Negara atas faktor keselamatan selain keadaan fosil itu yang agak rapuh.
"Tengkorak dan gading gajah itu telah dipamerkan di Muzium Perak, Taiping dan tulang paha pula dipamerkan di Muzium KTMB di Johor Bahru manakala bangkai gajahditanam di sini (tapak memorial) ," katanya.
Iskandar Zulqarnain berkata mengikut sejarah, semasa kejadian pada pukul 7 malam itu, seekor gajah jantan liar maut apabila mempertahankan kawanannya yang menyerang dan mengelincirkan kereta api penumpang semasa dalam perjalanan dari Teluk Anson (nama Teluk Intan ketika itu) ke Tapah Road.
Katanya, seorang pemandu kereta api turut terkorban dan berita mengenai insiden itu tersebar ke London sehingga seterusnya pihak kolonial mendirikan sebuah memorial di tapak tersebut sebagai mengenang keberanian gajah dan peristiwa yang tidak pernah berlaku sejak kereta api diperkenalkan di negara ini.
Tertera di memorial itu "There Is Buried Here A Wild Elephant Who In Defence of His Hero Charged and Derailed A Train on the 17th Day of September 1894".
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 24 2019
Sebahagian daripada peserta program gotong royong membersihkan kawasan tapak itu sempena sambutan ulang tahun ke-125 Pelanggaran Gajah dan Keretapi Sungai Kerawai. - Bernama
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Operasi tangkap gajah di Kampung Som esok - Perhilitan Pahang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Myan Ton Pian, Rambai antara tarikan Program MADANI Rakyat Zon Timur
Gajah berkenaan pernah tular di media sosial selepas mengepalai perarakan Lambaian Kasih.
Gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB Gerik-Jeli berusia tujuh tahun
Seekor gajah yang mati dilanggar kenderaan adalah gajah betina yang dianggarkan berusia tujuh tahun.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.
Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah rosakkan tanaman di Kluang
Perhilitan Johor menangkap dua ekor gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian.
Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman
Insiden di negeri Assam itu sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai interaksi manusia dengan haiwan liar mungkin menjadi 'tegang'.
Anak gajah enggan lepas penjaga meruntun hati netizen
Seekor gajah memeluk seorang lelaki dengan belalainya seolah-olah berat melepaskannya pergi ke habitat asalnya.