KUALA LUMPUR: Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dari 1 Sept depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh dan pengambilan pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.
Beliau berkata penangguhan ini dibuat setelah mempertimbangkan permintaan pihak majikan yang berdepan masalah kekurangan tenaga buruh selain kebanyakan pekerja asing mula masuk mulai Ogos.
"Jadi majikan perlukan masa dan permintaan mereka adalah rasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-23 (COSH 2022) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan langkah kerajaan menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Pindaan akta itu antara lain melibatkan pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam ke 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari dan cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.
Dalam pada itu, Saravanan berkata beliau telah berbincang dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengenai penangguhan pelaksanaan Akta Kerja 1955 dan kerajaan menilai pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan.
Beliau juga memaklumkan seramai 47,000 pekerja asing memasuki negara setakat ini, dengan hampir 19,000 daripadanya merupakan warganegara Nepal.
Sementara itu, Saravanan menyangkal dakwaan kononnya wujud isu kos pengambilan pekerja asing terlalu tinggi, sebaliknya beliau berkata ia adalah 'sifar kos' dan menjelaskan bahawa mana-mana majikan yang membawa masuk pekerja asing hanya perlu menanggung kos penginapan dan penerbangan.
Menurutnya Kementerian Sumber Manusia juga tidak menerima sebarang aduan mengenai kos pengambilan pekerja asing setakat ini.
Beliau juga menasihati majikan di seluruh negara yang telah membayar levi pekerja asing mereka agar menyerahkan dokumen berkaitan kepada duta negara pekerja asing berkenaan untuk tindakan lanjut.
COSH 2022 bertemakan 'Bertekad menghadapi cabaran terkini', berlangsung dua hari bermula hari ini melibatkan lebih 1,300 peserta tempatan dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022

Saravanan berkata penangguhan ini dibuat setelah mempertimbangkan permintaan pihak majikan yang berdepan masalah kekurangan tenaga buruh selain kebanyakan pekerja asing mula masuk mulai Ogos. - Gambar fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Perbincangan selaraskan Ordinan Buruh Sarawak di peringkat akhir - Steven Sim
Perbincangan untuk menyelaraskan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.

JTKS keluar 1,660 kertas siasatan berkaitan Akta Kerja 1955, Akta 446 dan PGM 2022
Selangor mencatat jumlah kertas siasatan tertinggi dengan 306 kes, diikuti Johor dengan 294 kertas siasatan dan Perak 220 kertas siasatan.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.

Gagal patuhi tempoh bayaran gaji pekerja, AIROD didenda RM66,000
Mahkamah Majistret mendenda AIROD Sdn Bhd sebanyak RM66,000 selepas syarikat itu mengaku bersalah atas 44 pertuduhan gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji pekerja.

Tangguh pelaksanaan Akta Kerja, majikan perlukan masa selesaikan isu kekurangan pekerja - Saravanan
Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja dari 1 Sept depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh.

Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.

Pekerja boleh buat pemohonan AKF untuk bekerja secara fleksibel - Awang Hashim
Permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.