ALOR SETAR: Pekerja di negara ini yang ingin bekerja secara fleksibel boleh membuat permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing di bawah pindaan Akta Kerja 1955 yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Sept depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.
"Apabila pemohonan dibuat, majikan perlu memberi jawapan kepada pekerja secara bertulis sama ada bersetuju atau menolak permohonan berkenaan dalam tempoh 60 hari dan perlu memberi alasan mengapa permohonan itu ditolak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan program Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara yang diadakan bertujuan meningkatkan hubungan majikan dan pekerja dalam menjaga kepentingan keharmonian perusahaan selain meningkatkan tahap pematuhan undang-undang.
Sementara itu, Awang berkata kajian juga telah dijalankan terhadap tempoh bekerja empat hari dalam seminggu bagi memastikan majikan tidak berdepan kesan yang teruk sekiranya ia dilaksanakan pada masa hadapan.
"Kajian telah dan sedang dijalankan. Setakat ini, kita lihat tempoh empat hari bekerja itu tidak mengurangkan produktiviti pekerja. Sekiranya ada majikan yang terkesan, kita akan ambil kira kajian berkenaan untuk dibincangkan di pihak kementerian," katanya.
Semalam, pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang mula dilaksanakan di beberapa negara maju berikutan faktor produktiviti yang rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja. - Gambar fail/BERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Aturan kerja fleksibel jadi keutamaan pekerja berbanding bonus prestasi
Menerusi tinjauan gaji tahunan yang dijalankan, sebanyak 44% calon akan menolak posisi baharu juga jika tiada fleksibiliti ditawarkan.

Kadar gaji minimum dikaji semula agar kekal relevan - Muhyiddin
Kerajaan sedang menambah baik dan meminda undang-undang berkaitan perburuhan, seperti Akta Kerja 1955, dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji.