KUALA LUMPUR: Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak, menurut dua pemimpin kesatuan pekerja utama negara.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran Mohamad Rizan Hassan pertimbangan kelayakan akademik semata-mata tidak praktikal dan tidak adil kerana ia boleh dimanipulasi oleh majikan dengan menawarkan gaji rendah kepada pekerja yang mungkin kelayakan akademiknya rendah namun mempunyai pengalaman luas dan berkemahiran.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata ia juga tidak sihat untuk pasaran pekerjaan kerana ia memberi 'isyarat' bahawa Malaysia terkebelakang berbanding sesetengah negara dalam soal penggajian pekerja berkemahiran.
"Di Singapura, Australia dan New Zealand, pekerja yang mempunyai kemahiran tahap tiga atau empat dalam bidang automatif serta memiliki sijil profesional sebagai juruteknik automatif dianggap sebagai pakar dalam bidang itu dan diberikan gaji dua atau tiga kali ganda, berbanding di Malaysia yang memperoleh hanya RM2,700 hingga RM3,000 sebulan.
"Di Thailand dan Vietnam, siswazah kemahiran Malaysia diberi ruang untuk bekerja di negara tersebut dengan gaji tinggi dan ini kurang elok kerana akan menyebabkan pelarian intelektual secara berterusan," katanya sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu mengenai gaji minimum.
Menurut Anwar, pelaksanaan gaji minimum di negara ini masih sukar serta "hiruk-pikuk" dan kaedah baharu pelaksanaannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan bagi mendapatkan penyelesaian "sekali dan untuk semua."
Perintah gaji minimum yang dikuatkuasakan mulai 1 Mei tahun lepas adalah berkadar RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
Bagaimanapun, bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja, pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan dari 1 Jan lepas kepada 1 Julai depan.
Mengulas lanjut, Mohamad Rizan berkata penetapan gaji minimum tidak boleh hanya berdasarkan kepada satu kadar gaji standard kerana majikan akan berpegang kepada standard berkenaan dalam menawarkan upah kepada pekerja.
"Dalam melaksanakannya, kerajaan juga tidak boleh memberikan pengecualian kepada mana-mana pihak kerana perkembangan itu adalah satu bentuk diskriminasi kepada pekerja lain ketika semua pihak sama-sama merasai kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Jika dihapuskan langsung (gaji minimum) pula, ia juga tidak boleh kerana kerajaan akan mempunyai kesukaran untuk mengawal industri khususnya berkaitan pembangunan sumber manusia.
"Kita khuatir, kalau tiada gaji minimum, industri akan lebih tidak bersifat rasional dalam penentuan gaji, yang akhirnya merugikan lagi tenaga kerja," katanya.
Bagi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani pula, penetapan gaji minimum harus bersifat progresif bagi mengimbangi keperluan dan keadaan kos sara hidup masyarakat yang semakin meningkat hari ini.
Beliau berharap gaji minimum itu mengambil kira pengalaman, kemahiran dan sektor diceburi pekerja, selain mencadangkan supaya gaji minimum dikaji secara berkala, sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan gaji yang diterima dalam pasaran pekerjaan relevan, mengikut keadaan ekonomi semasa.
"Ini yang perlu dilihat secara holistik selain pemantauan penguatkuasaan diteruskan terhadap pematuhan majikan kerana dalam pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebelum ini, ada majikan didapati memotong elaun pekerja untuk dimasukkan dalam gaji pokok.
"...tetapi MTUC menentang keras kerana ia tidak menepati atau telah melanggar perintah gaji minimum itu sendiri, mana-mana majikan tidak boleh memasukkan mana-mana elaun ke dalam gaji pokok untuk dapatkan gaji minimum," katanya.
Beliau berkata selain penguatkuasaan, usaha untuk meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja berhubung perintah gaji minimum juga penting kerana tidak ramai pekerja mengambil tahu tentang hak melalui perkara yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 bagi melindungi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023

Pelaksanaan gaji minimum di negara ini masih sukar serta "hiruk-pikuk" dan kaedah baharu pelaksanaannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan. - Gambar fail/Astro AWANI/ Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.

Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai esok, menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.

Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.