SHAH ALAM: Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) menggesa agar kerajaan menyelesaikan ancaman kepada industri perhotelan dengan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap agensi pelancongan dalam talian yang menjual penginapan tidak berdaftar dan berlesen.
Presidennya, Sri Ganesh Michiel berkata, tindakan itu perlu diambil terhadap pihak yang mengaburi pengguna atau pelancong.
Selain itu, katanya, satu rang undang-undang dalam mengawal selia penginapan kediaman jangka masa pendek juga harus diperkenalkan.
"Yang jelas (ia) telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dilapor berkata, tiga tapak perkhemahan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali disahkan tidak berlesen.
Kor Ming mengesahkan bahawa pengendali itu dibenarkan membuka ladang organik, tetapi tidak mengemukakan permohonan untuk mendirikan tapak perkhemahan.
Sr Ganesh menambah, dalam suasana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah amat mudah agensi penguatkuasaan untuk mencari, memantau, membimbing, menyediakan khidmat nasihat serta mengambil tindakan tegas terhadap penyedia penginapan yang gagal berdaftar atau berlesen.
"Ia tidak harus menjadi alasan oleh agensi-agensi terlibat dengan hanya menunggu aduan atau sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku sebelum mengambil tindakan.
"Kami ingin menyeru kepada pengguna dan pelancong untuk sentiasa memilih tempat penginapan yang berdaftar, berlesen dan selamat didiami," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 26 2022
Kenyataan Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia pada Isnin. (Gambar kecil kanan : Sri Ganesh)
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.
Galakkan pelancongan domestik, rangsang pemulihan ekonomi - Penggiat industri
Pihaknya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai usaha mempromosi pelancongan domestik.
Tangani isu agensi jual penginapan tak berlesen
Satu rang undang-undang dalam mengawal selia penginapan kediaman jangka masa pendek juga harus diperkenalkan.
Caj bilik dalam USD dapat kurangkan persaingan harga antara hotel bajet dan hotel mewah
Ganesh menyarankan pendekatan sistem dua harga penginapan hotel untuk membezakan kadar bayaran antara warganegara dan pelancong asing.
Kerajaan digesa beri kelonggaran kepada industri perhotelan guna pekerja asing
Beliau memohon kepada semua pelanggan untuk memahami keadaan semasa akibat kekurangan pekerja dan lambakan tempahan bilik secara mendadak.
Penggubalan undang-undang kawal selia agensi pelancongan dalam talian tidak jejaskan pengguna - MyBHA
Penggubalan perkara berkenaan dapat memastikan pemain industri menawarkan harga terbaik yang sekali gus memberi manfaat kepada pengguna.
MyBHA gesa kerajaan keluarkan pakej khas bagi pengusaha industri pelancongan
Pengusaha hotel bajet terpaksa mengambil langkah menghentikan perniagaan sementara menunggu keadaan kembali pulih, sekali gus menyebabkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.