KUALA LUMPUR: Menanam padi secara kecil-kecilan di dalam pasu atau di kawasan rumah adalah antara inisiatif yang boleh dilakukan dalam menghasilkan beras tempatan bagi menampung kegunaan harian.
Itu antara usaha yang dilakukan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia Eddrus Iskandar Abdul Hamid, 36, yang mula berkecimpung dalam penanaman padi di rumahnya di Kuala Kangsar, Perak pada penghujung tahun lepas setelah melihat ibu saudaranya berjaya menghasilkan tanaman padi di dalam pasu.
Beliau berkata semasa kali pertama mencuba menanam padi sendiri, beliau menggunakan lima pasu terpakai dengan empat biji benih ditanam di dalam setiap pasu dan berjaya menghasilkan hampir satu kilogram beras.
"Kali kedua saya tanam, saya gunakan lapan buah pasu dengan pecahan lima biji benih setiap pasu dan hasil berasnya lebih sekilogram. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga lebih tiga orang, saya cadangkan untuk cuba tanam dalam 15 hingga 20 pasu, kemungkinan hasil padi akan mencecah 10 hingga 12 kilogram," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Menurut Eddrus Iskandar, kebiasaannya padi mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk matang dan sesuai diproses menjadi beras, bergantung kepada cara penjagaan, taburan baja serta cuaca.
Katanya, hasil padi yang sudah cukup matang akan dituai sebelum dibanting dengan lesung kayu untuk mengasingkan padi daripada tangkainya.
Beliau turut berkongsi pengalamannya melalui platform media sosial pelbagai teknik dan petua berkaitan penanaman padi kecil-kecilan di kawasan rumah.
"Sejak timbul isu beras, memang ramai di Facebook minta saya untuk muat naik video cara-cara penanaman padi di dalam pasu. Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang teknik asas penanaman padi menerusi video YouTube Kuala Kangsar TV.
"Objektif saya berkongsi tentang teknik penanaman padi dalam pasu adalah untuk membuka minda dan minat masyarakat agar terlibat dalam aktiviti penanaman padi yang boleh menjadi ilmu dan keperluan pada masa akan datang.
"Jika ramai menanam padi, bukan sahaja boleh digunakan untuk menampung keperluan sendiri, malah juga boleh menjadi sumber pendapatan dengan menjual lebihan hasil padi itu kepada pihak lain dan secara langsung dapat menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai digalakkan menggunakan teknologi moden yang ada untuk melibatkan diri dalam penanaman padi secara kecil-kecilan.
"Teknologi kini membolehkan perumahan bertingkat untuk bercucuk tanam di ruang yang terhad. Jadi, lebih ramai rakyat boleh cuba menanam padi untuk mengurangkan beban kos sara hidup keluarga sendiri," katanya.
Nur Asyikin turut menyifatkan inisiatif ini sebagai satu usaha yang efektif untuk memberi tekanan kepada peniaga supaya menjual beras dengan harga yang lebih mampu milik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Menanam padi secara kecil-kecilan di dalam pasu atau di kawasan rumah adalah antara inisiatif yang boleh dilakukan dalam menghasilkan beras tempatan bagi menampung kegunaan harian. - Foto Sinar Harian
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Sarawak sedia peruntuk pelaburan besar untuk penanaman padi
Sarawak kenal pasti 3,000 hektar untuk penanaman padi di Tanjung Bijat, Stumbin dan Lingga di Sri Aman selain di Gedong (Simunjan) dan Lundu.

Tanam padi lima musim dua tahun berpotensi dengan naik taraf sistem pengairan tersier
Ia berpotensi dilaksanakan dengan adanya inisiatif menaik taraf infrastruktur sistem pengairan tersier di kawasan MADA, yang dijangka bermula tahun ini.

Tanam padi dalam pasu, kawasan rumah bantu tampung kegunaan harian
Menanam padi secara kecil-kecilan di dalam pasu atau di kawasan rumah adalah antara inisiatif yang boleh dilakukan dalam menghasilkan beras tempatan bagi menampung kegunaan harian.

Penduduk bandar Tokyo rasai pengalaman tuai padi di 'rooftop garden'
Kira-kira 170 orang menjejak kaki dalam sawah dan belajar cara gunakan sabit untuk menuai padi, di sawah yang terletak di bumbung kompleks.

Bekas anggota TLDM manfaat tong cat, usahakan tanaman padi
Eddrus Iskandar berkata, idea tercetus apabila melihat ibu saudaranya berjaya menghasilkan tanaman padi di dalam pasu.

'Tanam padi waktu malam' ajak pesawah berfikir luar kotak - Exco Perak
Abdul Yunus Jamhari percaya, cadangan Perdana Menteri itu berbentuk kiasan supaya pesawah lebih kreatif dalam melakukan kerja mereka.