TOKYO: Kompleks Roppongi Hills di Tokyo mengalu-alukan kunjungan kanak-kanak dan penduduk di kawasan itu untuk merasai pengalaman menuai padi di rooftop garden, lapor Xinhua.
Kira-kira 170 orang, termasuk 70 kanak-kanak, menjejakan kaki dalam sawah padi dan mempelajari cara menggunakan sabit untuk menuai padi di sawah padi yang terletak di bumbung kompleks berkenaan.
Padi itu ditanam pada bulan Mei yang lalu.
Acara menuai padi itu telah diadakan setiap musim luruh oleh pemaju landskap bandar Mori Building Co sejak 2003, apabila Roppongi Hills yang menempatkan bangunan komersial dan kediaman bertingkat tinggi dibuka, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan bandar hijau dan membiasakan orang ramai dengan alam semula jadi dan budaya tradisional.
"Acara ini sangat menarik. Ia memberi kami peluang untuk merasai pengalaman menuai padi di bandar," kata seorang pelajar sekolah menengah kepada pemberita.
Sejak 2006, Roppongi Hills telah bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk menanam dan menuai varieti terbaik dari wilayah itu. Tahun ini, acara itu diadakan dengan kerjasama Toyama Prefecture.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Di Roppongi Hills, Tokyo, orang awam menanam padi di bumbung bangunan untuk mempromosi budaya tradisi Jepun dan memupuk unsur-unsur kemasyarakatan. - Foto ihsan Mori Building
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Penduduk bandar Tokyo rasai pengalaman tuai padi di 'rooftop garden'
Kira-kira 170 orang menjejak kaki dalam sawah dan belajar cara gunakan sabit untuk menuai padi, di sawah yang terletak di bumbung kompleks.