Golongan pesawah harus bersikap positif dan 'berfikir di luar kotak' terhadap cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 'menanam padi waktu malam'.
Exco Kemudahan Awam Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Abdul Yunus Jamhari percaya, cadangan itu berbentuk kiasan supaya pesawah lebih kreatif dalam melakukan kerja mereka, tanpa batasan waktu dan cuaca.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau itu, cadangan Dr Mahathir juga perlu diberi perhatian kerana pemimpin negara itu mahu lebih ramai rakyat menyertai pelbagai sektor pekerjaan tanpa mengira latar belakang pendidikan.
"Kenyataan Tun Mahathir pada saya bukannya disampaikan secara literal, mahu memaksa pesawah melakukan kerja pertanian pada waktu malam.
"Tidak kira waktu siang atau malam, cuaca sejuk atau panas, peluang pekerjaan yang ada tidak boleh dilepaskan kepada pekerja asing biarpun jenis pekerjaan itu tergolong dalam sektor kotor, bahaya dan susah (3D).
BACA: Dasar kerja malam akan diperkenalkan bagi sektor 3D - Dr Mahathir
"Jika rakyat negara ini masih bersikap memilih pekerjaan ditawarkan, nescaya negara kita akan mundur," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 11 keluarga mangsa ribut dan dua keluarga mangsa kebakaran di Pusat Khidmat ADUN Kuala Kurau di sini, pada Jumaat.
Abdul Yunus berkata, nasihat Dr Mahathir juga bertujuan memberi motivasi kepada rakyat yang masih menganggur agar tidak terlalu memilih pekerjaan dan suka bergantung kepada bantuan kerajaan.
Dalam pada itu, Abdul Yunus berkata beliau akan menggerakkan semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mengumpulkan data dan maklumat senarai fakir miskin, warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal bagi tujuan pemberian bantuan menjelang Ramadan ini.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 03 2019
Tidak kira waktu siang atau malam, cuaca sejuk atau panas, peluang pekerjaan yang ada tidak boleh dilepaskan kepada pekerja asing. - BERNAMA/Fail
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
ADUN Hulu Kinta diarah keluar dewan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.
Ditenggelami air empat hari, 125 hektar sawah terjejas banjir di Bagan Serai
Menurutnya, berdasarkan tinjauanya sejak beberapa hari lalu, umur padi yang terlibat antara 15 hingga 40 hari yang ditenggelami banjir.
Hasil ladang Duriotourism Kuala Kangsar dijual secara dalam talian
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan.
Adun Kuala Kurau nafi dapat tawaran Muafakat Nasional di Perak
Adun Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari nafi ada tawaran daripada UMNO dan Pas untuk menyertai gabungan Muafakat Nasional membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Banjir kilat: Sebahagian Jalan Bagan Serai - Selama ditutup
Abdul Yunus Jamhari berkata, seksyen jalan yang ditutup itu ialah antara Kilometer 15 - 16 selepas dinaiki air kira-kira 0.3 meter.
Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, lorong ditutup 100m
Kejadian berlaku di Seksyen 31.6, Laluan FT 185 kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Enam projek baiki cerun runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, kerja-kerja baik pulih dan mengukuhkan enam cerun terbabit dilaksanakan Syarikat Konsesi PUSB.
Dakwaan Exco Perak bocor maklumat: Dua kertas siasatan dibuka
Kertas siasatan tersebut dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean dan exco berkenaan, Abdul Yunus Jamhari.
Perak perkenal program pemutihan kawasan padi luar jelapang
Perak menjadi negeri pertama memperkenalkan program pemutihan kawasan padi luar jelapang, untuk mengatasi ketirisan dan penyelewengan pemberian subsidi baja bernilai jutaan ringgit.
Perak utamakan kawasan padi untuk keselamatan makanan
Kerajaan Negeri Perak tetap akan mengutamakan keperluan pembangunan pertanian terutama melibatkan kawasan sawah padi dengan mengekalkan dan menambah keluasan sedia ada.