BINTULU: Sarawak bersedia membelanjakan sejumlah besar peruntukan untuk penanaman padi bagi memastikan negeri ini mampu menyediakan bekalan yang mencukupi, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 3,000 hektar untuk penanaman padi iaitu di Tanjung Bijat, Stumbin dan Lingga di Sri Aman selain di Gedong (Simunjan) dan Lundu.
Berdasarkan model penanaman yang dibangunkan oleh Universiti Putra Malaysia, kawasan itu mampu menghasilkan sehingga 240,000 tan padi setahun.
"Maknanya kita mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan beras. Kita tidak perlu import beras jika kita ambil kira kawasan Lembah Limbang-Lawas dan kawasan di Miri, kita ada lebihan. Kemudian kita boleh berkongsi dengan Semenanjung.
"Maka seluruh negara akan mempunyai beras yang mencukupi. Ini sasaran kita untuk penanaman padi dan kerajaan Sarawak sanggup melabur...," katanya semasa merasmikan majlis penutup Sustainable Agriculture and Food Security Congress (COSAFS2024), di sini, pada Jumaat.
Justeru, Sarawak perlu melabur dalam tiga komponen penting iaitu teknologi, infrastruktur dan akses pasaran.
Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk pengairan di kawasan berkenaan dengan RM32 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek pengairan di Gedong.
"Dan selepas itu kita akan menambah baik sistem pengairan di Sri Aman dan Lundu," katanya.
Sarawak juga memperuntukkan hingga RM20 bilion untuk menambah baik kemudahan jalan raya ke kawasan pantai di luar bandar.
Beliau berkata, projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang sedang dilaksanakan menelan kos hampir RM400 juta dan apabila siap kelak bukan sahaja menghubungkan Bintulu dan kawasan Jepak tetapi juga membuka tanah untuk pengeluaran makanan sehingga ke kawasan Tatau.
Abang Johari berkata, walaupun Sarawak menumpukan kepada minyak dan gas serta aktiviti hiliran serta mineral, pembangunan sektor lain turut menjadi tumpuan termasuk perkhidmatan dan pertanian, sebagai sebahagian dasar makroekonomi.
Ini diharap dapat mengubah spektrum ekonomi serta menyumbang kepada kemampanan yang turut terangkum dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Abang Johari merasmikan majlis penutup Sustainable Agriculture and Food Security Congress (COSAFS2024) pada Jumaat. - Gambar UKAS

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Setiausaha Agung ASEAN seru pemain industri sokong inisiatif Grid Kuasa US$764 bilion
Setiausaha Agung ASEAN menyeru pihak berkepentingan dalam industri untuk menyokong inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Arab Saudi dilapor mungkin melabur pada AirAsia
Langkah ini juga selari dengan peralihan Arab Saudi dalam menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka kebelakangan ini.

Nazir Razak seru ASEAN jadikan ekonomi serantau realiti, melangkaui retorik
Pemimpin korporat menggesa ASEAN untuk mengukuhkan dirinya sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi global yang semakin meningkat.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.