Bekalan air ke tiga buah taman perumahan sekitar Taman Idaman, kawasan insiden tanah runtuh di Serendah disambung semula pagi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Supramaniam Ramasamy, kawasan tersebut adalah Taman Idaman, Taman Cempaka dan Desa Anggerik.
Manakala baki lima lagi taman perumahan yang diputuskan bekalan air sejak semalam susulan kejadian tanah runtuh pada awal pagi Sabtu itu akan disambung secara berkala.
"Sementara taman perumahan lain masih lagi tidak ada air, jabatan pengurusan air Selangor telah menyediakan tangki air untuk kegunaan penduduk terjejas.
"Lori air Syabas juga datang secara berkala untuk menampung keperluan di sini," katanya dalam sidang media di pusat operasi bencana di Sekolah Rendah Agama Serendah di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan kerja-kerja menanam cerucuk besi untuk mengukuhkan struktur tanah di Jalan Melati sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.
Pada masa sama, ketika ini juga pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang giat menjalankan analisa struktur tanah kawasan terlibat.
"Aliran air didapati masih ada dan pasukan teknikal masih menjalankan siasatan.
"Berbanding semalam, setakat ini tiada runtuhan baru walaupun malam tadi hujan lebat," katanya.
Setakat jam 12 hari kedua operasi, direkodkan 120 orang daripada 27 keluarga menumpang di pusat pemindahan sementara bencana SRA Serendah, manakala 31 keluarga menginap di kawasan berhampiran.
Bagaimanapun kata Supramaniam, masih ada tujuh lagi keluarga yang belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beliau sekali lagi meminta mereka untuk tampil berbuat demikian demi kelancaran urusan pihak berkuasa.
Selain itu beliau turut memaklumkan dua buah kereta juga berjaya dikeluarkan daripada timbusan tanah dan masih berbali lima buah kenderaan lagi untuk dikeluarkan dalam masa terdekat.
Israr Khalid
Sun Nov 27 2016
![Tanah runtuh Serendah: Bekalan air tiga taman perumahan disambung semula Tanah runtuh Serendah: Bekalan air tiga taman perumahan disambung semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480166235_SupramaniamRamasamy.jpg)
Kata Supramaniam, masih ada tujuh lagi keluarga yang belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037873_tbbuburasyura.jpg)
KKDW sedia bincang dengan PETRA berkaitan isu air di Sabah, Sarawak
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan berkesan bagi memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih.
![15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf 15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720265043_HajiDzulkefly.jpg)
15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf
Sebanyak 15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf sepenuhnya setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718018430_ChowKonYeowKetua.jpg)
Projek air: 1,500 juta liter sehari lebih daripada mencukupi - Chow
Chow Kon Yeow berkata unjuran tersebut adalah lebih daripada mencukupi untuk keperluan di utara Perak dan Pulau Pinang.
![Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719664567_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
![Dakwaan tiada rancangan jangka panjang bekalan air di Sibu tidak benar -Julaihi Dakwaan tiada rancangan jangka panjang bekalan air di Sibu tidak benar -Julaihi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719227855_JulaihiNarawi.jpg)
Dakwaan tiada rancangan jangka panjang bekalan air di Sibu tidak benar -Julaihi
Dakwaan beberapa pihak yang mengatakan tiada perancangan bekalan air jangka masa panjang bagi Sibu, adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
![Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712562434_air.jpg)
Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP
PBAPP dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan gangguan itu menyebabkan kawasan terlibat tiada air atau tekanan air rendah.
![Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444283_MustaphaSakmud.jpg)
Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ingatkan mahasiswa rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.
![GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466313_shafieapdal.jpg)
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Jun 2024.
![RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718433590_tbAnwarIbrahim.jpg)
RM4 bilion projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan bersetuju pada dasarnya meluluskan RM4 bilion untuk projek pengurusan bekalan air Perak-Pulau Pinang, dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah.