TAWAU: Sebanyak 15 daripada 58 klinik kesihatan daif di Sabah berjaya dinaik taraf sepenuhnya setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan RM21.5 juta untuk kerja-kerja menaik taraf 58 klinik kesihatan berkenaan.
"Sebanyak 43 klinik kesihatan lagi masih dalam kerja-kerja naik taraf, kita harap semuanya akan siap pada November ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MADANi Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat - Sabah Maju Jaya di sini hari ini.
Dzulkefly berkata 58 klinik kesihatan itu merupakan antara 70 klinik kesihatan daripada bangunan kayu di negeri ini yang mendapat perhatian kementeriannya.
"KKM telah memerhatikan 58 daripada 70 klinik kesihatan kayu ini, kita akan tangani kesemuanya dan teruskan pada 2025, kesemua usaha naik taraf ini melibatkan belanja RM31.6 juta," katanya.
Dzulkefly berkata Hospital Tawau dan Hospital Sandakan akan diangkat sebagai hospital negeri dengan taraf pakar major menjadikan tiga hospital seumpama itu di Sabah, dan naik taraf berkenaan sebagai usaha merapatkan jurang besar dari sudut fasiliti serta kepakaran.
Beliau berkata Hospital Tawau akan diserahkan kepada KKM pada Ogos ini.
Ketika berucap pada majlis berkenaan Dzulkefly berkata berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada tahun lepas melalui kajian KKM, didapati ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) secara senyap.
"Satu daripada dua rakyat kita adalah gemuk, satu daripada tiga rakyat kita ada kolestrol tinggi (33.3 peratus), satu daripada tiga rakyat kita ada darah tinggi (29.2 peratus), dan satu daripada enam rakyat kita ada kencing manis (15.6 peratus).
"Kebanyakan akibat dua sebab iaitu pemakanan yang tidak betul... tidak seimbang dan kedua kerana gaya hidup yang tidak sihat. Secara keseluruhan setiap satu daripada tujuh rakyat Malaysia menghadapi masalah buah pinggang kerana tiada pengesanan serta intervensi awal," katanya.
Menurut Dzulkefly kerajaan membelanjakan RM9.65 bilion setahun secara langsung untuk NCD manakala kos tidak langsung berjumlah RM12.9 bilion.
"Kesan terhadap ekonomi kita ialah RM22.5 bilion setahun atau dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar kita, boleh bayangkan berapa banyak jalan raya, rumah, bekalan air bersih yang dapat dibekalkan kepada Sabah jika tidak perlu menanggung penyakit yang boleh dicegah," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Program MADANI Afiat serta Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat diadakan bagi mempromosikan budaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit serta meningkatkan literasi kesihatan termasuk saringan kesihatan awal.
"Berdasarkan data saringan kesihatan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Sabah, terdapat peningkatan saringan iaitu 1,017,095 pada 2022 kepada 1,538,727 pada 2023 sekali gus menunjukkan tahap kesedaran di Sabah meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Dzulkefly (dua, kanan) menyampaikan anugerah Ikon Kesihatan kepada warga emas Yong Ten Fu, 71, selepas merasmikan program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di di Padang Bandaran Tawau hari ini. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Whastapp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir.
Kampung Angkat MADANI: 12 projek pembangunan di Kelantan dijangka siap hujung tahun ini
Sebanyak 12 projek pembangunan yang dilaksanakan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk program Kampung Angkat MADANI di Kampung Aril, di sini, dijangka siap hujung tahun ini.
Jawatankuasa kerja akan ditubuh untuk teliti ancaman pencemaran air - PM
Mesyuarat Majlis Air Negara hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia.
SPAN serbu bengkel kimpalan curi air di Negeri Sembilan
Sebuah premis bengkel kimpalan dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah melibatkan implikasi kerugian terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) kira-kira RM30,000 di Ulu Beranang.
NRES: Pembangunan ladang solar terapung di atas badan air sedang diteliti
Pembangunan ladang solar terapung di badan air melibatkan kawasan empangan bekalan air minuman dan saliran pengairan pertanian, sedang diteliti NRES menerusi JAS.
7,238 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air mulai esok
Sebanyak 7,238 akaun pengguna di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Jumaat berikutan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian di sini.
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
Paras air di Empangan Bukit Merah meningkat 33 peratus
Paras air di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai meningkat ke tahap 33 peratus daripada isipadu keseluruhan selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan pada 29 hingga 31 Julai lepas.